Page 12 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 12
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
31 Pelaksanaan undang-undang tersebut akhirnya telah menyekat kuasa raja
BAB daripada memenjarakan tahanan politik sesuka hati bagi jangka masa
panjang tanpa mendakwa pesalah.
1
32 Pemerintahan Raja James II (1685 – 1688) menggantikan adindanya,
Raja Charles II merupakan seorang raja yang kurang cekap.
33 Raja James II beragama Katolik dan isteri pertamanya beragama
Protestan. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Mary yang
dikahwinkan dengan William of Orange.
34 Raja James II berkahwin sekali lagi dan isterinya beragama Katolik.
Baginda dikurniakan seorang putera dan ingin memahkotakannya
sebagai pemerintah England. Tindakan baginda mendapat tentangan
daripada rakyat England yang mahukan Mary dan William of Orange
Foto 1.7 Raja James II
memerintah England lalu mengutus surat kepada Mary.
35 Pada tahun 1688, William of Orange dan Mary bersama-sama 15 000
orang angkatan tentera mendarat di England. Mengetahui kedatangan
angkatan William dan Mary, Raja James II dan angkatan tenteranya
melarikan diri ke Perancis.
36 Peristiwa tersebut tidak menumpahkan darah dan dikenali sebagai
Revolusi Cemerlang (Glorious Revolution). William of Orange dan
Mary bersama-sama memerintah England. Seterusnya, beberapa
Layari laman web berikut pengisytiharan dibuat oleh parlimen (Sivachandralingam Sundara Raja,
untuk maklumat lanjut
tentang peristiwa Revolusi 1996: 140). Antaranya:
Cemerlang: (a) Pengisytiharan Hak
• http://en.wikipedia.org/ (i) Parlimen mesti mengadakan persidangan dari semasa ke
wiki/Glorious_Revolution
semasa.
(ii) Rakyat mempunyai hak untuk menghadapkan raja ke muka
pengadilan.
(iii) Individu beragama Roman Katolik tidak boleh menjadi raja
INFO
England pada masa hadapan.
(iv) Hanya parlimen yang boleh mengenakan cukai dan raja tidak
mempunyai kuasa.
(b) Undang-undang Toleransi
(i) Memberi kebebasan kepada puak Puritan membina gereja dan
menjalankan ibadat agama dengan bebas.
37 Ciri-ciri sistem beraja berkuasa mutlak yang diamalkan oleh masyarakat
feudal di England:
Apakah ciri-ciri sistem beraja (a) Raja tidak berkuasa sepenuhnya melakukan semua perkara yang
berkuasa mutlak?
berkaitan dengan soal pemerintahan.
(b) Raja dibantu oleh jentera pentadbirannya.
(c) Raja mempunyai kuasa untuk melantik pentadbir yang
bertanggungjawab sepenuhnya kepada raja.
(d) Jentera pentadbiran negara lazimnya dimonopoli oleh golongan
bangsawan.
38 Seterusnya dalam masyarakat feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas
semua tuan tanah (lord) dan pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya.
10
Bab 01 10 3/27/18 11:33 AM

