Page 16 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 16
Sejarah SPM Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
6. Kejayaan operasi pendaratan Tentera Bersekutu
(a) Melalui operasi yang dinamakan kod ‘D-Day’, Tentera Bersekutu berjaya
mendarat di Normandy, Perancis pada Jun 1944.
(b) Tentera Bersekutu berjaya memperdaya tentera Jerman dengan menyebarkan
maklumat bahawa pendaratan Tentera Bersekutu akan berlaku di Calais,
bukannya di Normandy.
(c) Kejayaan tersebut menjadi titik tolak kepada kejayaan membebaskan Perancis
dan negara Eropah Barat daripada penaklukan Jerman.
(d) Kejayaan operasi “D-Day” membolehkan Tentera Bersekutu memasuki Jerman
dari arah barat dan pada masa sama, tentera Rusia menyerang Jerman dari
arah timur.
(e) Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah selepas kematian Hitler
pada April 1945 dan menamatkan perang selama enam tahun di Eropah.
4
PRAKTIS FORMATIF 3.3
1. Mengapakah Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus mengingkari perintah Hitler?
KBAT
2. Jelaskan ketokohan pemimpin Kuasa Bersekutu yang boleh dicontohi. KBAT
3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
1. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941 - 1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik
yang berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
2. Perang Pasifik berpunca daripada dasar imperialisme Jepun di
rantau Asia Pasifik. Pembaharuan Meiji membawa pemodenan
sehingga Jepun muncul sebagai negara industri dan kuasa
ketenteraan yang setaraf kuasa Barat.
3. Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi keperluan
ekonomi dan ketenteraan serta perkembangan politik dalam negara.
Peluasan Kuasa Jepun
1. Dasar peluasan kuasa Jepun
(a) Keperluan perindustrian
(i) Pada akhir abad ke-19, Jepun muncul sebagai sebuah kuasa industri.
(ii) Jepun berusaha mengurangkan pergantungan kepada negara Barat untuk
mendapatkan bahan mentah.
(iii) Jepun memerlukan wilayah yang dapat membekalkan bahan mentah dan
menjadi kawasan pasaran hasil perindustrian.
42
03 RANGER SEJ TG4 2P.indd 42 02/07/2021 4:18 PM

