Page 17 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 17

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
                 (b)  Pengaruh golongan tentera
                     (i)  Pada abad ke-20, Jepun memiliki angkatan tentera paling moden di Asia.
                     (ii)  Pada tahun 1932, golongan tentera menguasai politik Jepun.
                     (iii)  Golongan tentera berpendapat masalah ekonomi Jepun boleh diselesaikan
                         dengan cara menakluk kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan boleh
                         menjadi kawasan pasaran.
                 (c)  Orde Baharu Asia
                     (i)  Di  bawah  pengaruh  tentera,  matlamat  dasar  luar  Jepun  adalah  untuk
                         mengembangkan  kuasa,  mewujudkan  kebebasan  ekonomi  dan  menentang
                         imperialisme Barat.                                                     4
                     (ii)  Jepun mewujudkan orde baharu di Asia Timur yang merangkumi Jepun,
                         Korea, China dan Manchuria ke dalam satu blok ekonomi. Orde tersebut
                         kemudiannya dikembangkan ke seluruh Asia.
                     (iii)  Orde  baharu  bermaksud  rancangan  Jepun  untuk  menyingkirkan  kuasa
                         imperialis  Barat  di  Asia  dan  menganjurkan  perkongsian  kuasa  serta
                         kekayaan yang lebih adil dalam kalangan negara di Asia.

                                Peluasan kuasa Jepun sehingga
                                    Perang Dunia Kedua

                          1910  Menguasai Korea

                          1932  Menduduki Manchuria

                          1937  Menduduki China

                          1941  Menduduki Indochina




               2.  Sekatan ekonomi terhadap Jepun
                 (a)  Setelah  menguasai  Korea,  Manchuria  dan  China,  Jepun  menguasai  kawasan
                     strategik di Laut China Selatan termasuk Pulau Hainan dan Indochina.
                 (b)  Dasar  peluasan kuasa Jepun  mendapat  reaksi  Amerika Syarikat,  Britain  dan
                     Belanda yang mengenakan sekatan ekonomi untuk menghalang Jepun memperoleh
                     bahan mentah yang diperlukan untuk industri dan operasi perang.
                 (c)  Sekatan ekonomi ialah tindakan menghentikan perdagangan serta membekukan
                     semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai oleh British, Amerika Syarikat
                     dan Belanda.
               3.  Rancangan penaklukan wilayah di selatan
                 (a)  Sebagai  jalan  keluar  daripada  sekatan  ekonomi
                     Kuasa  Bersekutu,  Jepun  merancang  menguasai
                     wilayah di selatan merangkumi Asia Tenggara yang
                     kaya  dengan  bahan  mentah  seperti  bijih  timah,
                     getah, bauksit dan minyak.


                                                  43




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   43                                                     02/07/2021   4:18 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22