Page 18 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 18

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
               (b)  Pada tahun 1940, Jepun menandatangani perjanjian Pakatan Tiga
                   Negara dengan Jerman dan Itali yang menjadikan Jepun terikat
                   dengan Kuasa Paksi.
               (c)  Pakatan dalam Kuasa Paksi membolehkan Jerman menghantar
                   pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan ke atas wilayah
                   selatan dan membantu perkembangan industri pembuatan kapal
                   terbang Jepun.
               (d)  Hasrat Jepun membentuk pemerintahan baharu di Asia Pasifik
                   mencapai kemuncak apabila rundingan di Amerika Syarikat untuk
                   menamatkan sekatan ekonomi terhadap Jepun gagal.
               (e)  Kegagalan rundingan tersebut menyebabkan pemerintah tentera
                   Jepun mengeluarkan arahan serangan serentak ke atas Asia Pasifik
                   pada Disember 1941.

     4

               Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
                 1.  Perang  Dunia  Kedua  di  Asia  Pasifik
                    bermula  apabila  Jepun  menyerang
                    Tanah Melayu  dan  Pearl Harbour,
                    Hawaii,  iaitu  pangkalan  tentera  laut
                    Amerika  Syarikat  di  Pasifik  pada  8
                    Disember 1941.

                 2.  Seterusnya serangan ke atas wilayah
                    jajahan Amerika Syarikat, Britain dan
                    Belanda yang lain seperti Filipina, Hong
                    Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake.
                 3.  Serangan ke atas Pearl Harbour bertujuan melumpuhkan tentera Amerika
                    Syarikat di Pasifik yang boleh menjadi penghalang peluasan kuasa Jepun di
                    Asia Pasifik.
                 4.  Serangan  tersebut  membawa  kepada
                    penglibatan Amerika Syarikat dalam perang
                    di  Asia  Pasifik  apabila  mengisytiharkan
                    perang ke atas Jepun.
                 5.  Melalui  strategi  yang  berkesan  dan
                    penguasaan serangan melalui laut, darat dan
                    udara,  Jepun  berjaya  membentuk  empayar
                    yang  luas  di  Asia  Pasifik  menjelang  April
                    1942.
                 6.  Perang Dunia Kedua yang berlaku di Eropah
                    dan Asia Pasifik telah mengorbankan hampir
                    75 juta nyawa manusia dan kemusnahan harta benda.





                                                44




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   44                                                     02/07/2021   4:18 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23