Page 20 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 20

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
               (d)  Pendudukan  Jepun  di  negara  kita  merupakan  sebahagian  daripada  rancangan
                   Jepun  untuk  menjayakan  pembentukan  kawasan  Lingkungan  Sekemakmuran
                   Asia Timur Raya demi mengukuhkan ekonomi Jepun.
             2.  Kepentingan strategik ketenteraan
               (a)  Kedudukan negara kita sesuai untuk kepentingan
                   strategik ketenteraan Jepun.
               (b)  Di hujung Semenanjung Tanah Melayu terletak
                   pangkalan tentera laut British, iaitu Singapura.
               (c)  Penguasaan  terhadap  Singapura  penting  untuk
                   membuka  laluan  penguasaan  Jepun  terhadap
                   telaga minyak di Sumatera.
               (d)  Penguasaan  terhadap  Pulau Borneo  penting
                   untuk  menjayakan  operasi  penaklukan  tentera   Lombong minyak di Miri
                   Jepun di Pulau Jawa.
     4
             3.  Penggunaan Propaganda
               (a)  Jepun  menggunakan  propaganda  seperti
                   penggunaan slogan “Semangat  Asia” dan “Asia
                   untuk  Orang  Asia”  untuk  menjayakan  misi
                   pendudukan Jepun.
               (b)  Propaganda  Jepun  membangkitkan  semangat
                   antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun
                   sebagai pembela negara Asia.

           Serangan Jepun terhadap Negara Kita

             1.  Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula serentak di Pantai Kuala Pak Amat,
               Pantai Sabak, Kota Bharu dan Thailand (Singgora dan Patani) pada 8 Disember
               1941.
             2.  Tentera Jepun yang mendarat di Thailand memasuki Kedah berpecah kepada dua
               pasukan untuk mara ke selatan. Satu pasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan
               kemaraan melalui pesisiran pantai barat. Sepasukan lagi melalui jalan darat menuju
               bandar utama di negeri-negeri pantai barat.
             3.  Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan mara ke selatan mengikut
               jalan darat di negeri-negeri pantai timur. Kapal Repulse dan Prince of Wales
               digerakkan untuk menyekat kemaraan Jepun tetapi ditenggelamkan oleh
               tentera Jepun di perairan Kuantan. Seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan
               Jepun apabila Singapura berjaya ditawan pada 15 Februari 1942.
             4.  Serangan  tentera  Jepun  ke  atas  Sarawak  dan  Sabah  bermula  dengan
               pendaratan  di  Miri.  Sepasukan  tentera  Jepun  menduduki  Kuching  dan
               Sibu. Sepasukan lagi tentera Jepun mara ke Sabah melalui Labuan dan
               menduduki  bandar  utama  di  Sabah.  Pendudukan  Jepun  di  Sandakan
               melengkapkan serangan tentera Jepun di Sabah.







                                                46




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   46                                                     02/07/2021   4:18 PM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25