Page 23 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 23

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
             Dasar Ekonomi

               1.  Pentadbiran  tentera  Jepun melaksanakan sistem ekonomi
                 kawalan disebabkan kemelesetan ekonomi.
               2.  Rancangan  Pengeluaran  Lima  Tahun  dan  Jawatankuasa
                 Penyelidikan  Bahan  diperkenalkan  untuk  mengawal  selia
                 pelupusan  barangan  dan  membuat  penyelidikan  kegunaan
                 baharu bagi sumber tempatan.
               3.  Rancangan  Perindustrian  Lima  Tahun  diperkenalkan
                 untuk  membangunkan  industri  tempatan  dan  memastikan                        4
                 penggunaan  optimum  daripada  peralatan  dan  kemudahan   Wang pokok pisang
                 sedia ada.
               4.  Mata wang Jepun menggantikan mata wang yang digunakan oleh British.
               5.  Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan menyebabkan berlaku inflasi kerana banyak
                 wang tetapi kekurangan barangan di pasaran.

             Dasar Sosial
               1.  Pendidikan
                 (a)  Jepun menutup sekolah Inggeris dan Cina. Terdapat bangunan
                     sekolah tersebut digunakan untuk keperluan pentadbiran tentera
                     Jepun.
                 (b)  Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan untuk membentuk
                     semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu), mencapai teknologi
                     industri, meningkatkan disiplin dan menerapkan nilai Jepun.
                 (c)  Jepun berusaha memupuk nasionalisme Asia, menghapuskan
                     pengaruh Barat dan menanam kesetiaan kepada Jepun.
                 (d)  Pendidikan menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin),
                     menghormati kebudayaan dan Maharaja Jepun (Tenno Heika).
                 (e)  Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) dijalankan secara meluas untuk menjadikan
                     bahasa Jepun sebagai lingua franca dalam Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur
                     Raya.
                 (f)  Sekolah bermula dengan perhimpunan pagi menghadap arah negara Jepun dan
                     menyanyikan lagu kebangsaan Jepun (Kimigayo).
               2.  Sikap Jepun terhadap agama
                 (a)  Jepun menghormati agama Islam dan adat Melayu serta tidak campur tangan
                     dalam adat resam tempatan.
                 (b)  Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama juga diteruskan semula.
                 (c)  Majlis  Agama  Negeri  dibentuk  dan  persidangan  agama  Islam  diadakan  di
                     Singapura dan Kuala Kangsar.
                 (d)  Jepun secara halus memanipulasi pegawai agama untuk tujuan propaganda Jepun.
                 (e)  Pegawai agama diminta menyampaikan hal yang diputuskan oleh tentera Jepun
                     dalam kelas agama di masjid dan surau.
                 (f)  Masjid digunakan untuk menyampaikan titah sultan bagi menyokong dasar Jepun
                     seperti menambah pengeluaran makanan dan tidak menyebar khabar angin.



                                                  49




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   49                                                     02/07/2021   4:18 PM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28