Page 22 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 22

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

               Dasar Pentadbiran

                 1.  Pentadbiran tentera Jepun
                    (a)  Jepun memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.
                    (b)  Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran
                        membentuk Kawasan Pertahanan Khas dan diletakkan di bawah pasukan
                        tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Singapura.
                    (c)  Pada    April  1944,  pentadbiran  Tanah
                        Melayu dan Sumatera dipisahkan kerana
                        wujud  perbezaan  sistem  politik  dan
                        ekonomi semasa pentadbiran British dan
                        Belanda sebelum perang.
                        (i)  Sumatera  diletakkan  di  bawah
                            pentadbiran  tentera  Jepun  ke-25
     4
                            berpusat di Bukit Tinggi, Sumatera.
                        (ii)  Tanah Melayu ditadbir oleh pasukan
                            tentera  Jepun  ke-29  berpusat  di
                            Taiping, Perak.
                    (d)  Singapura dikenali sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan) diasingkan
                        pentadbirannya dari Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai  Baru
                        (Melayu Baru).
                    (e)  Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran
                        kerajaan Thailand.
                    (f)  Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran
                        dikenali sebagai Kita Boruneo  yang diketuai Gabenor Jeneral dan di
                        bawah pasukan tentera Jepun ke-37 berpusat di Kuching.
                 2.  Dasar terhadap Raja-raja Melayu
                    (a)  Pentadbiran  tentera  Jepun mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu
                        sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.
                    (b)  Pengiktirafan dibuat semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan
                        Sumatera di Singapura pada bulan Januari 1943.
                    (c)  Kedudukan sultan diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun dan
                        diberikan bayaran pencen seperti sebelum perang.
                 3.  Dasar terhadap kepimpinan tempatan
                    (a)  Mengatasi  masalah  kekurangan pegawai  dan  mendapatkan  sokongan
                        penduduk.
                    (b)  Tentera  Jepun  memberi  peluang  kenaikan  pangkat  kepada  pemimpin
                        tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yang lebih
                        tinggi.
                    (c)  Tentera  Jepun  menubuhkan  Institut  Latihan  Pemimpin-pemimpin
                        Muda  (Koa Kunrenjo)  untuk  melatih  dan  menanamkan  semangat
                        memperjuangkan  cita-cita  politik  Jepun  dalam  kalangan  penduduk
                        tempatan.






                                                48




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   48                                                     02/07/2021   4:18 PM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27