Page 24 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 24

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
             3.  Catuan dan penghasilan makanan
               (a)  Jepun memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk
                   mengawal bekalan barangan akibat kekurangan makanan.
               (b)  Catuan makanan dikuatkuasakan untuk mengawal penjualan barangan keperluan
                   asas seperti beras, garam dan gula.
               (c)  Jepun menggalakkan penduduk menanam bahan makanan sendiri melalui kempen
                   “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk mencukupkan makanan dalam negeri.
               (d)  Keperitan hidup menjadikan penduduk negara kita lebih kreatif dalam kehidupan
                   dengan  menghasilkan  ciptaan  baharu  berasaskan  bahan  tempatan  untuk
                   kelangsungan hidup seperti menghasilkan tempe daripada biji getah.
             4.  Layanan terhadap penduduk
               (a)  Jepun memberikan layanan berbeza mengikut kaum berdasarkan kepentingan
                   tertentu.

                        Kaum                           Layanan
     4
                    Melayu dan   Memberi layanan baik kepada orang Melayu dan peribumi lain
                    peribumi lain  untuk mendapatkan sokongan bagi melicinkan pemerintahan.

                    India        Membantu menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah
                                 Melayu dan Borneo Utara di bawah pimpinan Subhas Chandra
                                 Bose. Mendapatkan kerjasama orang India dalam rancangan
                                 Jepun menguasai negara India.
                    Cina         Bertindak kejam kesan permusuhan daripada Perang China-
                                 Jepun.  Dipaksa  membayar  sejumlah  wang  sebagai  hukuman
                                 penentangan mereka terhadap Jepun semasa Perang China-
                                 Jepun.


               (b)  Landasan Kereta Api Maut menjadi bukti
                   kekejaman pentadbiran tentera Jepun.
               (c)  Terdapat  orang  Melayu,  Cina  dan  India
                   dipaksa menjadi buruh membina landasan
                   kereta  api  dari  Thailand  ke  Burma
                   (Myanmar)  melalui  hutan  tebal  tropika
                   dan pergunungan.
               (d)  Ramai  terkorban  akibat  kerja  berat,
                   kekurangan  makanan  dan  ubat-ubatan,
                   pelbagai  jenis  penyakit  serta  suasana
                   buruk di tempat kerja.


           PRAKTIS      FORMATIF  3.6


             1.  Mengapakah mata wang Jepun dikenali sebagai “wang pokok pisang”?
                                                                               KBAT
             2.  Jelaskan kesan dasar pendudukan Jepun terhadap rakyat di negara kita.  KBAT


                                                50




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   50                                                     02/07/2021   4:18 PM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29