Page 45 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 45

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

             E    Peribahasa


           Panduan Menjawab Soalan

             1.  Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
             2.  Bagi menjawab soalan membina ayat, fahamilah peribahasa yang diberikan dan pastikan
                anda mengetahui maksudnya agar jawapan anda tidak menyeleweng.
             3.  Bagi soalan melengkapkan petikan dengan peribahasa, fahami maksud petikan yang
                diberikan sebelum menentukan peribahasa yang menepati konteks ayat dalam petikan
                tersebut.
             4.  Bagi soalan yang meminta anda mengemukakan peribahasa berdasarkan petikan, fahamilah
                situasi dalam petikan atau ayat tersebut berdasarkan kata kunci atau tema petikan itu.
                Contoh:
                ✒ Kata kunci: Hubungan persahabatan yang sangat erat ...
                ✒ Peribahasa: bagai isi dengan kuku
             5.  Bacalah buku dan layarilah laman web untuk mengetahui lebih banyak peribahasa dan
                maksud setiap peribahasa tersebut.
             6.  Soalan  peribahasa  berdasarkan  pelbagai  bentuk  seperti  menyatakan  peribahasa  dalam
                petikan, perbualan, gambar, situasi, ilustrasi, dan sebagainya.
             7.  Baca dan fahami kehendak soalan sebelum menjawab.
             8.  Jumlah peribahasa bergantung pada arahan soalan.
             9.  Jumlah markah tidak tetap dan bergantung pada kehendak soalan.


           Tugasan Berpandu       1


           Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
           peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

           Ahmad  :   Masyarakat dahulu sanggup mandi peluh di bawah terik  matahari untuk  bertani  atau
                     berkebun.

           Kassim  :  Perkara yang paling berharga ialah mereka saling membantu dalam melakukan sebarang
                     pekerjaan ibarat peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

           Ahmad  :   Hal ini berbeza  dengan kehidupan masyarakat sekarang. Masing-masing sibuk dengan
                     urusan sendiri sehingga tidak mempedulikan orang-orang di sekitar.

           Kassim  :   Janganlah kita menyalahkan mereka sahaja. Hal ini mungkin disebabkan oleh keperluan
                     atau desakan hidup yang menyebabkan mereka terpaksa bekerja keras siang dan malam.
                     Namun begitu, terdapat segelintir individu yang sanggup untuk menjadikan kawan sebagai
                     batu loncatan demi kepentingan diri sendiri dalam mencari rezeki.
             (i)  Peribahasa:

                  ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

                  Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud:
                  hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah




           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               70
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50