Page 44 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 44
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Kertala Sari dibawa masuk untuk menghadap Seri Betara. Sembah Patih Gajah Mada, “Tujuh orang
pahlawan yang disuruh oleh Paduka Betara pergi ke Melaka diberitahu telah mati dibunuh oleh
Laksamana kesemuanya.
Sebenarnya negeri Melaka boleh dikalahkan. Sekarang patik telah mendapat seorang pahlawan yang
sangat hebat, iaitu Kertala Sari, anak Petala Bumi yang diserahkan kepada patik oleh bapanya.”
[6 markah]
Tugasan Berpandu 2
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, endah apatah pekerjaan membunuh
Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan?
Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah Seri Betara, “Segeralah
engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu supaya engkau kujadikan penggawa
agung.”
Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah segera suruh
hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera kerjakan seperti titah Paduka
Betara itu.”
(Dipetik daripada prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan”,
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, Apa susahnya patik ditugaskan membunuh raja
Melaka dan Laksamana, sedangkan negeri Daha dapat patik kalahkan?
Setelah Seri Betara mendengar percakapan Kertala Sari, maka beliau bertitah “Sekarang segera kamu
pergi ke Melaka dan lakukanlah sepertimana yang kamu ucapkan itu. Kamu akan dilantik menjadi
seorang penghulu yang dihormati.”
Sembah Ketala Sari, “Jika tuanku titahkan, patik mohon sebuah perahu agar dapat segera ke Melaka
dan melakukan sepertimana yang diminta oleh Paduka Betara.”
[6 markah]
67 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

