Page 46 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 46

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

               (ii)  Peribahasa:
                    mandi peluh

                     Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud:

                    ringan tulang/ alang-alang mandi biar basah
                                                                                               [6 markah]
              Tugasan Berpandu      2


             Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
             petikan tersebut.

                    Terdapat segelintir  individu yang  gemar mengembara atau  melawat ke negara  lain. Bagi
               mereka hobi ini amat menyeronokkan, di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang
               adat dan budaya kehidupan masyarakat setempat. Bagi menjamin keselamatan di negara orang,
               mereka sering mematuhi peraturan dan undang-undang negara tersebut. Mereka bersikap baik
               dan menyantuni masyarakat di sana. Walaupun destinasi yang  dilawati itu cantik dan indah,
               namun mereka berpendapat bahawa negara kelahiran sendiri jauh lebih istimewa dan sukar untuk
               dibandingkan.

                    (i)  jauh berjalan luas pandangan
                    (ii)  di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

                    (iii)  hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
                                                                                               [6 markah]
              Tugasan Berpandu      3

             Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian berikan tiga peribahasa yang sesuai.
























                    (i)  bagai aur dengan tebing
                    (ii)  ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
                    (iii)  hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
                                                                                               [6 markah]


                                                          71                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51