Page 47 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 47
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis SPM 1
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[30 markah]
Jawab semua soalan.
1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata kerja
tak transitif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
Sebanyak 70 peratus hingga 80 peratus penduduk dunia gemar minum kopi. Menurut
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAQ), pengambilan kopi seluruh dunia mencapai lebih
kurang tujuh juta tan setahun. Pengambilan kopi akan meningkatkan kecerdasan dan mampu
untuk tidak tidur dalam jangka masa yang lama. Kopi mengandungi kafein dan jika diambil
secara berlebihan akan menyebabkan pelbagai masalah seperti penyusutan kepadatan tulang dan
dehidrasi. Pengambilan kopi yang melebihi lapan cawan sehari akan menyebabkan seseorang itu
mengalami gangguan kesihatan. Kebaikan dan keburukan minum kopi bergantung pada amaun
atau kadar pengambilannya.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Kopi Manfaat atau Mudarat”
oleh Norfarizan Hanoon Noor Azmi dan Maria Wong,
Dewan Kosmik, Disember 2016)
1. Kata kerja transitif
(i) mencapai
Para usahawan jualan langsung itu bekerja bersungguh-sungguh bagi mencapai tahap
keuntungan yang tinggi.
(ii) mengalami
Kami lewat sampai ke destinasi kerana kenderaan yang dinaiki mengalami kerosakan.
2. Kata kerja tak transitif
(i) minum
Kami singgah di warung Pak Samad untuk minum air tebu sebelum meneruskan perjalanan
ke utara.
(ii) tidur
Pengemis itu tidur berbantalkan lengan di kaki lima deretan kedai.
[8 markah]
73 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

