Page 48 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 48
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat
bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
Menguasai pelbagai bahasa merupakan satu kemahiran yang amat berguna bagi seseorang
individu. Pelbagai pihak bersetuju bahawa penguasaan pelbagai bahasa banyak memberikan
kelebihan kepada seseorang. Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa. Bahasa
Inggeris digunakan secara meluas di seluruh dunia. Mudah untuk mendapat pekerjaan mereka
yang fasih berbahasa Inggeris. Tidak dinafikan bahawa graduan kini menghadapi cabaran untuk
mendapatkan pekerjaan. Punca utama majikan menolak permohonan pekerjaan kerana gagal
bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
“Impak dan Kelebihan Menguasai Pelbagai Bahasa”
oleh Zulfiqar Mohd Yusof, Dewan Siswa, November 2019)
(i) Satu kemahiran yang amat berguna bagi seseorang individu menguasai pelbagai bahasa.
(ii) Mereka yang fasih berbahasa Inggeris mudah untuk mendapat pekerjaan.
(iii) Gagal bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik punca utama majikan menolak permohonan
pekerjaan.
[6 markah]
3. Petikan di bawah ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan. kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Vitamin C diperlukan untuk bagi membina sel kulit, tendon, ligamen dan pembuluh darah.
Selain dari itu, vitamin C juga dapat menyembuhi luka dan membentuk tisu parut. Vitamin C
juga menjadi penawar untuk merawat selsema. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya
dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan dengan merendahkan paras insulin. Vitamin
C juga dapat memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Hal ini dapat mengelakkan
penyakit seperti kolestrol tinggi, sakit jantung, dan sakit dada. Di samping itu, anti oksida yang
terdapat dalam vitamin C dapat melindungi kulit dari radiasi ultra lembayung dan kesan terdedah
kepada cahaya mata hari. Oleh sebab itu, setiap individu perlu perihatin dengan pengambilan
vitamin C di dalam kehidupan seharian.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Vitamin C Penting Untuk Badan”
oleh Prof. Madya Dr. Rochman Naim, Dewan Kosmik, September 2013)
(i) untuk bagi – untuk/ bagi
(ii) Selain dari itu – Selain itu
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 74

