Page 24 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 24
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• buah-buahan tempatan segar dan berkhasiat – mempunyai pelbagai nutrien – vitamin dalam buah-
buahan tempatan menyihatkan tubuh badan
• mudah diperoleh dan harga yang murah – dijual di pasar raya, di gerai-gerai, dan terus dari ladang –
bebas daripada racun dan pengawet yang berbahaya
• memajukan sektor pertanian negara – membekalkan makanan kepada rakyat – lebihan makanan
dieksport ke luar negara
Model Ulasan Mantap
Malaysia yang beriklim panas dan hujan sepanjang tahun sesuai untuk tanaman termasuk
buah-buahan. Antara buah-buahan tempatan yang terkenal ialah durian, rambutan, manggis,
dan mempelam. Buah-buah tempatan segar dan berkhasiat kerana mempunyai pelbagai
nutrien yang baik untuk kesihatan. Vitamin yang terdapat dalam buah-buahan tersebut dapat
menyihatkan tubuh badan. Tambahan pula, kebanyakan buah-buahan ini bebas daripada
racun dan bahan pengawet yang berbahaya. Buah-buah tempatan juga mudah diperoleh dan
harganya amat berpatutan. Buah-buahan ini dijual di pasar raya, di gerai-gerai, dan dijual
terus dari ladang. Makan buah-buahan tempatan juga dapat memajukan sektor pertanian
negara. Selain membekalkan makanan kepada masyarakat setempat, buah-buahan ini juga
boleh dieksport ke luar negara sebagai punca pendapatan tambahan. Ironinya, utamakan
buah-buahan tempatan berbanding dengan buah-buahan import.
(100 patah perkataan)
Model
49 Program 1 Murid 1 Sukan
Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
604C
Objektif:
• Meningkatkan kecergasan
fizikal
• Memupuk budaya sukan
• Memupuk perpaduan
57
Bab 1c Ulasan.indd 57 15/03/2021 11:15 AM

