Page 25 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 25
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan
Isi tersurat/ Isi tersirat:
• menggalakkan setiap murid terlibat dalam satu sukan
• meningkatkan kecergasan fizikal – badan sihat otak cerdas – menjamin kesihatan – bebas daripada
penyakit
• memupuk budaya sukan dalam kalangan masyarakat Malaysia – masa terluang dapat diisi dengan
kegiatan yang berfaedah
• memupuk perpaduan – acara berpasukan – bekerjasama dalam pasukan
Model Ulasan Mantap
Program Satu Murid Satu Sukan bertujuan untuk menggalakkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu sukan atau permainan di sekolah. Hal ini demikian kerana, sukan
dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal dapat menjamin kesihatan kerana
mereka akan bebas daripada sebarang penyakit. Malahan, kecergasan fizikal juga dapat
melahirkan murid yang cerdas kerana otak yang cerdas biasanya berpunca daripada badan
yang sihat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk budaya bersukan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Melalui sukan, masa terluang dapat diisi dengan kegiatan
yang berfaedah. Tambahan pula, dengan bersukan perpaduan dalam kalangan masyarakat
dapat diwujudkan. Peserta dalam suatu acara sukan secara berpasukan seperti bola sepak dan
bola jaring akan saling bekerjasama untuk memenangi sesuatu perlawanan. Kesimpulannya,
sertailah aktiviti sukan kerana banyak manfaatnya.
(100 patah perkataan)
Model
50 Keselamatan di Jalan Raya
Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
• Memandu dengan berhati-hati
• Kempen pemanduan berhemah
• Membuat pemantauan
58
Bab 1c Ulasan.indd 58 15/03/2021 11:15 AM

