Page 51 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 51
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Haji Samsuddin : Semangat untuk merdeka muncul semasa Jepun mengalahkan tentera
British dalam tempoh hanya dua bulan setengah. Dalam pemikiran orang
Melayu ketika itu, jika British yang selama ini diagung-agungkan tidak
mampu mempertahankan tanah air kita, siapakah yang dapat diharapkan
lagi? Jawapannya tentulah rakyat sendiri. Hal ini telah membangkitkan
semangat nasionalisme orang Melayu termasuk saya. Semasa zaman
pendudukan Jepun, saya telah diberikan peluang untuk mentadbir daerah.
Daripada pengalaman tersebut, saya yakin bahawa kita mampu mentadbir
dan menguruskan negara kita.
Zuhaida : Bagaimanakah Malayan Union dapat menyemarakkan semangat orang
Melayu untuk bersatu dan menuntut kemerdekaan?
Haji Samsuddin : Apabila Jepun kalah pada tahun 1945, Inggeris datang semula dengan
pelan Malayan Union. Pelan ini merupakan satu dendam tersirat kepada
orang Melayu yang kononnya mendapat layanan baik semasa zaman
pemerintahan Jepun. Kuasa raja-raja pula semakin terhad. Hal ini telah
menimbulkan kemarahan orang Melayu. Malayan Union buat pertama
kalinya menyatukan orang Melayu di bawah satu persatuan untuk
menentang Inggeris. Kemarahan orang Melayu diluahkan secara bijaksana
tanpa ada sebarang unsur keganasan yang dapat membahayakan nyawa.
Kebijaksanaan Dato’ Onn mengawal sentimen orang Melayu menjadi faktor
keadaan ini.
Zuhaida : Apakah usaha yang dilakukan untuk mempercepat kemerdekaan?
Haji Samsuddin : Apabila Parti Perikatan mencapai kemerdekaan dalam pilihan raya, Parti
Perikatan telah mengadakan satu rombongan ke London yang dikenali
sebagai Rombongan London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Selama 14 hari berada di sana, Rombongan London telah berjaya mendapat
tarikh kemerdekaan daripada Inggeris, iaitu pada 31 Ogos 1957.
Zuhaida : Apakah perasaan orang Melayu selepas mendapat berita kemerdekaan ini?
Haji Samsuddin : Sudah tentu orang Melayu amat gembira. Kita sudah terjajah selama 446
tahun, sudah tentu kemerdekaan memberikan makna yang amat besar.
Zuhaida : Akhir sekali, apakah pesanan tuan haji kepada generasi muda berkaitan
dengan kemerdekaan ini?
Haji Samsuddin : Kemerdekaan merupakan satu nikmat yang sukar hendak dijelaskan
terutama kepada generasi muda yang tidak pernah terjajah. Namun begitu,
kemerdekaan mesti dipertahankan kerana dengan kemerdekaan, banyak
perkara yang mampu kita lakukan untuk membangunkan bangsa dan
negara kita.
Zuhaida : Terima kasih tuan haji atas perkongsian ini. Semoga kita dapat bertemu
dalam sesi wawancara yang lain. Sudut Kata
Haji Samsuddin : Sama-sama. Begitulah hendaknya.
• sentimen – emosi / perasaan
227
Bab 5i K.Umum.indd 227 15/03/2021 11:33 AM

