Page 21 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 21
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Berbanding dengan gejala buli tradisional yang berlaku secara bersemuka, buli siber
mempunyai kesan segera, meluas, dan kekal memandangkan pembuli dapat menyerang mangsa
24 jam sehari. Oleh kerana itu, terdapat kekuatiran bahawa intensiti buli siber adalah lebih tinggi
daripada buli tradisional. Antara jenis gangguan biasa yang mangsa buli siber hadapi dalam
talian adalah nama gelaran yang sering dijadikan sebagai satu bahan jenaka. Hal ini berbahaya
kerana nama gelaran merupakan cara untuk mendefinisikan seseorang. Sebagai contoh, dengan
menggelarkan seseorang sebagai gemuk, hitam, jongang, atau apa nama yang lain dapat menjatuhi
harga diri dan maruah mangsa. Lebih buruk lagi bila gelaran nama ini menjadikan mangsa semakin
kurang berkeyakinan diri.
Dipetik dan diubah suai daripada Buli Siber: Gejala Buli Zaman Moden
malaysiagazette.com
1. di – pada
2. ke-enam – keenam
3. paling terbanyak – paling banyak/ terbanyak
4. dari – daripada
5. yang – bahawa
6. di dalam – di
7. Oleh kerana itu – Oleh sebab itu
8. kekuatiran – kekhuatiran
9. mangsa buli siber hadapi – dihadapi oleh mangsa buli siber
10. adalah – ialah
11. apa – apa-apa
12. menjatuhi – menjatuhkan
13. bila – apabila
D Bahasa Melayu Standard
Panduan Menjawab Soalan
1. Calon dikehendaki untuk menukarkan bahan petikan bahasa Melayu klasik kepada bahasa
Melayu standard.
2. Perkataan yang digunakan mestilah daripada bahasa Melayu standard.
3. Calon tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan.
57 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

