Page 23 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 23
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Lalu dengan hormat Laksamana menyatakan “Daulat tuanku, patik tidak berjumpa.
Insya-Allah pada waktu malam patik akan mencuba untuk mempermainkan askar upahan itu
berbekalkan ilmu yang telah diajarkan oleh arwah guru patik.’
Raja diam setelah mendengar kata-kata Laksamana.
Setelah waktu malam, Kertala Sari memakai pakaian yang cantik-cantik dan memakai bau-bauan
yang harum lalu membakar dan mengamuk sambil mengatakan harta orang-orang Melaka
habis dicurinya.
Tugasan Berpandu 3
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas
dan perak dan pakaian yang pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya.
Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai
ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pada waktu itu, Kertala Sari telah sampai dari Daha, terlalu banyak harta yang diperolehnya
seperti emas, perak, dan pakaian serta wang yang bernilai puluhan juta daripada orang-orang yang
dicurinya.
Setelah Kertala Sari sampai di rumahnya, dia bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, ke manakah
ayahku pergi kerana aku tidak nampak kelibatnya.”
Setelah ibunya mendengar pertanyaan anaknya itu, lalu ibunya menangis sambil berkata,
“Wahai anakku, bapamu sudah meninggal dunia kerana dibunuh oleh seorang berbangsa Melayu yang
bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
59 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

