Page 22 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 22

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

          4.  Calon tidak boleh menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah atau menukarkan petikan
             tersebut kepada karangan biasa.
          5.  Bahan dalam bahagian ini diambil daripada teks KOMSAS Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
          6.  Skema pemarkahan berbentuk holistik.

          7.  Jumlah markah tidak tetap, malah bergantung pada kehendak soalan dan markah yang
             diberikan.


         Tugasan Berpandu      1


        Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
        Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


               Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah.
          Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam
          kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu.

                                                  Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam
                                                             Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
                                                                   Kementerian Pendidikan Malaysia

               Pada  mulanya,  Laksamana  memakai  pakaian  askar  upahan  lalu  berjalan.  Pada  malam  itu,

        keadaan kelam-kabut dan hujan turun rintik-rintik. Setelah itu, Kertala Sari masuk ke kota. Kemudian,
        Laksamana tidur di tengah pasar itu.







         Tugasan Berpandu      2

        Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
        Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


               Maka  sembah  Laksamana,  “Daulat  tuanku,  tiada  patik  bertemu.  Insya-Allah  Taala,  kelak
          malam patik cuba main penjurit itu, dengan berkat ilmu arwah guru patik.”

               Maka raja pun diamlah.
               Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai
          bau-bauan yang harum lalu masuk membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itupun
          habis aku curi.
                                                  Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam
                                                             Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
                                                                   Kementerian Pendidikan Malaysia



        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               58
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27