Page 42 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 42
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
(c) KDNK pada harga pasaran diperoleh apabila nilai ditambah bagi
setiap sektor ekonomi dijumlahkan dan dicampurkan cukai
import.
(d) Secara relatifnya, sektor ketiga merupakan penyumbang
terbesar kepada KDNK negara, iaitu sebanyak RM601 341 juta
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(54.26%), diikuti oleh sektor kedua dengan sumbangan sebanyak
RM304 828 juta (27.51%). Sektor utama hanya menyumbang kira-
kira RM187 028 juta atau 16.88% kepada KDNK negara bagi tahun
2016.
Kaedah Pendapatan (Pendapatan Faktor) STPM ’09 / ’10
1 Dalam kaedah pendapatan, keluaran negara dapat dikira dengan BAB
mencampurkan semua pendapatan yang diterima oleh faktor 2
pengeluaran dalam sesebuah negara bagi tempoh setahun.
2 Pendapatan faktor pengeluaran ini terdiri daripada:
(a) Upah dan gaji, iaitu pendapatan yang diterima oleh buruh. Pendapatan faktor
pengeluaran terdiri daripada:
(b) Sewa, iaitu pendapatan yang diterima oleh pemilik tanah. (a) Upah dan gaji
(c) Bunga bersih, iaitu pendapatan yang diterima oleh pemilik modal (b) Sewa
setelah ditolak bunga atas pinjaman pengguna dan bunga atas (c) Bunga bersih
(d) Untung
pinjaman kerajaan. (e) Pendapatan perusahaan
(d) Untung, iaitu pendapatan yang diterima oleh usahawan. persendirian
Untung dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu untung yang
dibahagi, untung yang tidak dibahagikan, dan cukai keuntungan
syarikat.
(e) Pendapatan perusahaan persendirian, iaitu pendapatan yang
diterima oleh perniagaan kecil-kecilan.
3 Apabila semua pendapatan faktor dicampurkan, pendapatan negara
akan diperoleh atau Keluaran Negara Bersih pada kos faktor
(KNB ).
kf
4 Penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan dapat
ditunjukkan dalam jadual berikut:
Jadual 2.4 Penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan
Jenis pendapatan RM juta
Upah dan gaji 100 Bunga bersih
Sewa 200 = Bunga kasar – Bunga atas
Bunga bersih 150 pinjaman kerajaan – Bunga
Untung 350 atas pinjaman pengguna
Pendapatan perusahaan persendirian 20
KNB pada kos faktor 820
5 Di Malaysia, penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah
pendapatan tidak digunakan kerana masalah pengumpulan maklumat.
39

