Page 17 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 17

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                           5       Haiwan Ternakan
                 Model Lestari UPSR
                                   UPSR
             Iklan di bawah ini menunjukkan beberapa produk yang dihasilkan berasaskan lembu.
             Tulis ulasan tentang produk yang dapat dihasilkan berasaskan haiwan tersebut dalam bentuk
             perenggan.




                           Anda Mencari Pembekal Lembu Hidup dan Daging Segar?
                                        Mahukan Harga yang Berpatutan?
                                                  Hubungi Kami!!!
















                                               Untuk	Tempahan	Sila	Hubungi:
                                                Encik Razak: 012 – 786 4299
                                                 Puan Safiya: 013 – 774 2121


                 M  odel  J awapan
                 Model Jawapan


             Lembu adalah antara haiwan yang banyak diternak di negara kita. Penternakan lembu bertujuan
             untuk mendapatkan susu dan dagingnya sebagai sumber protein kepada manusia, manakala
             tulangnya dapat dimasak sup dan sangat enak rasanya jika dihidangkan panas-panas.
                  Selain itu, kulit lembu boleh dikomersialkan menjadi barangan pakaian seperti baju kulit, tali
             pinggang,  kasut,  dan  beg  tangan.  Seterusnya,  alat  muzik  tradisional  yang  mewarnai  persada
             seni  Melayu  yang  tak	 lapuk	 dek	 hujan,	 tak	 lekang	 dek	 panas,  seperti  kompang  dan  rebana
             adalah antara alat muzik berasaskan kulit lembu yang dikeringkan yang masih popular sehingga
             kini.
                  Kesimpulannya, pelbagai produk dapat dihasilkan melalui haiwan ternakan ini dan wajarlah
             penternakan lembu terus dipergiat di negara ini.



                                                                    Kamus

               dipergiat – diusahakan
                                                              tak	lapuk	dek	hujan,	tak	lekang	dek	panas – adat
                                                              yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh




                                                                                                   57






      BAHAGIAN B.indd   57                                                                           11/10/16   4:30 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22