Page 18 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 18
Penulisan UPSR Bahagian B Ulasan
6 Produk Berasaskan Ayam
Model Lestari UPSR
UPSR
Gambar di bawah ini menunjukkan beberapa produk yang dihasilkan berasaskan ayam.
Tulis ulasan tentang kegunaan haiwan tersebut dalam kehidupan kita dalam bentuk perenggan.
M odel J awapan
Model Jawapan
Penternakan ayam sangat popular dalam kalangan masyarakat kerana banyak faedahnya
kepada kita. Misalnya, telur ayam merupakan sumber protein yang mudah diperoleh untuk
dijadikan bahan makanan, di samping harganya yang murah. Telur ayam boleh dimasak sama
ada digoreng, direbus, ataupun dijadikan sebagai rencah dalam makanan lain seperti martabak,
roti canai, dan nasi goreng.
Selain itu, ayam menjadi hidangan yang digemari oleh semua penduduk dunia. Antara
makanan yang berasaskan ayam yang popular termasuklah sate, ayam percik, ayam golek,
dan ayam goreng. Manakala, bunga telur dijadikan sebagai cenderamata kepada tetamu dalam
majlis perkahwinan orang Melayu. Seterusnya, walaupun bulu ayam tidak boleh dimakan, tetapi
bulu ayam boleh digunakan untuk membuat bulu tangkis yang digunakan dalam permainan
badminton.
Oleh itu, wajarlah penternakan ayam diusahakan secara komersial di negara ini bagi
menampung permintaan penduduk dunia yang semakin hari semakin meningkat.
rencah – bahan yang dicampurkan ke dalam sesuatu masakan supaya lebih sedap
58
BAHAGIAN B.indd 58 11/10/16 4:30 PM

