Page 25 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 25

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                          13
                                   UPSR
                 Model Lestari UPSR                 Program Sihat dan Ceria
             Iklan di bawah ini menunjukkan sebuah Program Sihat Ceria yang akan dianjurkan oleh sebuah
             jawatankuasa kampung.
             Tulis ulasan tentang program tersebut dalam bentuk perenggan.


                           PROGRAM SIHAT CERIA ANJURAN JKKK DESA SERI BAHAGIA
                Tujuan	Kempen:
                Untuk meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri, terutama
                penduduk Desa Seri Bahagia, Teluk Muruh, Lumut, Perak.
                Aktiviti:
                1.  Pemeriksaan Kesihatan
                  Tarikh: 21	–	22	Mei	2017
                  Penyertaan: Dewasa
                2.  Larian Muhibah
                  Tarikh:	21	Mei	2017
                  Penyertaan: Dewasa	dan	Kanak-kanak
                3.	 Memasak Makanan Sihat
                  Tarikh: 22	Mei	2017
                  Penyertaan: Dewasa	dan	Kanak-kanak

                                      Sila datang beramai-ramai pada tarikh dan hari yang ditetapkan.
                                  Untuk maklumat lanjut hubungi: Puan Hajah Zuraini binti Daud, (019-4752828).

                 M  odel  J awapan
                 Model Jawapan


             Kesihatan	Melambangkan	Kekayaan kerana tubuh badan yang sihat dapat melakukan segala
             perkara  dengan  berkesan.  Jawatankuasa  Kemajuan  dan  Keselamatan  Kampung  (JKKK)  Desa
             Seri  Bahagia  akan  menganjurkan  sebuah  program  kesihatan  bagi  meningkatkan  kesedaran
             penduduk tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.
                  Terdapat  tiga  aktiviti  utama  yang  dijalankan  dalam  kempen  tersebut.  Antaranya  ialah
             pemeriksaan kesihatan yang akan diadakan pada 21 hingga 22 Mei 2017. Penyertaan aktiviti ini
             terbuka kepada golongan dewasa sahaja. Pemeriksaan kesihatan amat penting dilakukan untuk
             memastikan  kita  bebas  daripada  sebarang  penyakit  kronik.  Selain  itu,  aktiviti  yang  dirancang
             untuk golongan dewasa dan kanak-kanak pula ialah “Larian Muhibah” dan “Memasak Makanan
             Sihat” yang akan diadakan pada 21 dan 22 Mei. Tujuan aktiviti-aktiviti ini diadakan adalah untuk
             meningkatkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
                  Keseluruhannya,  program  kesihatan  ini  banyak  memberikan  manfaat  kepada  penduduk
             kampung di samping dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka.




               kronik	– berlarutan dan sukar sembuh
               Kesihatan	Melambangkan	Kekayaan – kepentingan menjaga kesihatan diri kerana orang yang sihat mampu
               untuk melakukan pelbagai aktiviti




                                                                                                   65






      BAHAGIAN B.indd   65                                                                           11/10/16   4:30 PM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30