Page 26 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 26
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(k) Perlembagaan
(i) Fasal 99 BAB
Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja dengan pembesar
serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar. 1
Raja mesti memberitahu semua perkara sama ada baik atau
buruk kepada pembesar-pembesar baginda. Begitu juga dengan
pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala perkara baik
dan buruk kepada raja.
(l) Ternakan / tanaman
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(i) Fasal 14
Ternakan
Fasal 14 mengatakan jika binatang itu dicederakan oleh orang lain,
hukumannya ialah orang yang mencederakan binatang itu perlu
membayar separuh harga binatang tersebut kepada tuan punya
binatang tersebut. Jika seseorang itu memelihara binatang yang
haram dan binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya
ialah binatang itu akan dibuang dan tuan binatang tersebut
perlu membayar sepaha emas kepada orang yang dicederakan
oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang
tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada
waris simati dan tuan punya binatang tersebut perlu membayar
denda sebanyak setahil sepaha emas. Jika binatang yang haram
mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal dunia,
maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda
sebanyak sepaha emas sahaja.
(ii) Fasal 15
Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh
seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi,
walaupun tuan punya tanaman itu tidak meminta sebarang
pampasan, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu
membayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak sepaha
emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut
masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu
membayar harga tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha
emas.
Undang-undang Tubuh Johor Hasil Pembelajaran
1 Atas nasihat Datuk Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, Penasihat Khas, Menghuraikan prinsip-
Sultan Abu Bakar telah memasyhurkan perlembagaan negeri yang dinamakan prinsip umum Undang-
Undang-undang Tubuh Johor pada 14 April 1895. undang Tubuh Johor.
2 Undang-undang Tubuh Johor merupakan perlembagaan bertulis yang teratur
dan lengkap yang dikuatkuasakan pada tahun 1896.
3 Undang-undang Tubuh Johor mengandungi perkara tentang keturunan
sultan sebagai pewaris takta, pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat
Johor, hak-hak Raja dan kerabatnya, bidang kuasa Mesyuarat Kerajaan dan
Jemaah Negeri, serta agama Islam sebagai agama negeri.
4 Daripada 64 fasal dalam Undang-undang Tubuh Johor, 20 fasal mengenai
hak-hak Raja dan kerabatnya.
Foto 1.7 Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor
23
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 23 28/10/2021 3:54 PM

