Page 21 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 21
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
4 Hukuman mati hanya akan dikenakan bagi kes yang serius seperti
BAB penderhakaan yang dijalankan oleh Undang atau Yang Dipertuan Besar.
5 Hukuman lain ditentukan oleh Buapak atau Lembaga.
1
B Ekonomi
Pembahagian harta
1 Dari segi pembahagian harta, harta bukan hak perseorangan, tetapi adalah
hak milik kelompok kekeluargaan secara bersama.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2 Harta dalam masyarakat tidak boleh dijual kepada kelompok keluarga lain
dengan syarat-syarat tertentu.
3 Warisan harta adalah seperti berikut:
(a) Harta pusaka, iaitu harta perempuan yang diwariskan kepada keturunan
perempuan.
(b) Harta pembawa, iaitu harta suami yang dibawa ke dalam keluarga
baharu setelah berkahwin. Apabila berlaku penceraian, harta ini kekal
menjadi milik pihak lelaki. Jika lelaki tersebut mati, harta ini diwariskan
kepada anak perempuannya.
(c) Harta dapatan, iaitu harta orang perempuan yang diperoleh sebelum
berkahwin.
(d) Harta sepencarian, iaitu harta suami isteri setelah berumah tangga.
Jika berlaku penceraian, harta ini dibahagikan sama rata. Harta ini
akan menjadi harta pusaka apabila pasangan suami isteri mati. Jika
seseorang wanita meninggal dunia tanpa anak, hartanya akan diwarisi
oleh saudara perempuannya.
C Sosial
Kekeluargaan
1 Setiap ahli suku adalah bersaudara.
2 Dari segi jurai keturunan, keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini
melahirkan suku.
Perkahwinan
1 Apabila seorang anak perempuan berkahwin, suaminya akan digelar orang
semenda. Orang semenda berkuasa terhadap isterinya.
2 Menurut adat, jika berlaku perselisihan rumah tangga, isteri seharusnya
memohon maaf.
3 Saudara-mara isteri tidak boleh campur tangan dalam masalah perselisihan
orang semenda dengan isteri dan anak-anaknya, atau dalam apa-apa perkara
berhubungan dengan rumah tangganya.
4 Lelaki semenda dikehendaki mendirikan rumah bagi isteri dan anak-anaknya
di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga sebelah isterinya. Dengan demikian,
rumah tersebut akan menjadi hak milik isterinya.
5 Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan eksogami, iaitu perkahwinan
mesti dengan suku yang berbeza kerana hubungan antara ahli suku amat
erat dan dianggap bersaudara.
Kemasyarakatan
1 Ahli-ahli dikelompokkan ke dalam kelompok kekeluargaan seperti suku.
Ikatan kekeluargaan dalam kalangan ahli masyarakat erat dan kuat.
18
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 18 28/10/2021 3:54 PM

