Page 28 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 28

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                       (g)  Angkat sumpah dalam kalangan pegawai
                           (i)   Fasal 31                                                                      BAB
                               Fasal 31 memperuntukkan setiap pegawai kerajaan yang dilantik
                               menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan                         1
                               taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan kerajaan.
                               Upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia ini selaras dengan
                               konsep baiah. Di sini, jelaslah Undang-undang Tubuh Johor
                               mempunyai pengaruh undang-undang Islam.
                       (h)  Hak raja dalam pemilihan Menteri Besar
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                           (i)   Fasal 34
                               Fasal 34 memperuntukkan raja berhak memilih Menteri Besar
                               manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah
                               Menteri dengan perkenan raja.
                       (i)   Gelaran menteri
                           (i)   Fasal 39
                               Fasal 39 menetapkan tidak wajib bagi seseorang pegawai kerajaan   Gelaran Datuk yang
                               yang menjadi Menteri Besar atau Naib Menteri Besar mempunyai   dikurniakan di Johor
                               gelaran Datuk.                                      berasaskan darjah kebesaran
                       (j)   Hak raja mengeluarkan menteri                         negeri bermula pada 31 Julai
                                                                                   1886 sempena kemahkotaan
                           (i)   Fasal 40                                          Maharaja Abu Bakar sebagai
                               Fasal 40 menetapkan hak raja mengeluarkan seorang menteri   Sultan Johor. Negeri Johor
                               yang telah berbuat sesuatu kesalahan yang berat seperti melanggar   merupakan kerajaan Melayu
                               hukum syariah, undang-undang negeri, adat istiadat kehormatan,   yang pertama mengurniakan
                                                                                   anugerah seperti ini. Tujuannya
                               menderhaka atau cuba menderhaka, melakukan rasuah atau   adalah untuk mengenang
                               cuba berbuat demikian, dan berdosa pada hukum Allah. Fasal     jasa kerabat diraja, pegawai-
                               ini  mengkehendaki  menteri  yang bersih,  cekap,  amanah,  serta   pegawai kerajaan, dan ahli
                               sanggup mematuhi hukum Allah. Kewibawaan dan kepemimpinan   Mesyuarat Kerajaan.
                               menteri penting dalam memastikan kerajaan berfungsi dengan
                               lancar bagi memelihara kedaulatan negeri.
                       (k)  Fungsi Jemaah Menteri
                           (i)   Fasal 42
                               Fasal 42 menetapkan fungsi Jemaah Menteri dalam membantu raja
                               dari segi pentadbiran. Raja menerima nasihat Jemaah Menteri bagi
                               kebaikan negeri dan rakyat. Perkara ini memperlihatkan unsur
                               kolektif dalam membuat sesuatu keputusan. Raja dan menteri
                               saling memikirkan sesuatu yang baik bagi negeri dan rakyat.
                       (l)   Persidangan Jemaah Menteri
                           (i)   Fasal 43
                               Fasal 43 menetapkan bahawa Persidangan Jemaah Menteri
                               diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila
                               diperintah oleh raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib
                               Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah
                               Menteri. Jemaah Menteri berfungsi memantapkan pentadbiran
                               dengan mengadakan persidangan sekurang-kurangnya sebulan
                               sekali atau berdasarkan permintaan pihak berkuasa.
                       (m)  Pelantikan ahli Mesyuarat Kerajaan                     Fasal 45 dan 46 menunjukkan
                           (i)   Fasal 45 dan Fasal 46                             Johor mengamalkan
                               Fasal 45 dan Fasal 46 menetapkan fungsi Mesyuarat Kerajaan   sistem pemerintahan raja
                               sebagai “timbalan yang am kepada kerajaan”.  Ahli-ahli mesyuarat   berperlembagaan.  Sultan
                                                                                   memerintah negeri dengan
                               ini dilantik oleh Sultan atas nasihat Jemaah Menteri. Jumlah   nasihat Jemaah Menteri dan
                               ahli Mesyuarat Kerajaan Johor dihadkan kepada 16 orang   Mesyuarat Kerajaan.
                               sahaja.




                                                                                                        25





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   25                                                                28/10/2021   3:54 PM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33