Page 27 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 27

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)

                             ‘15           5  Prinsip-prinsip umum
           BAB  •  Waris ialah anak raja yang   (a)  Raja dan kerajaan / Pewaris takhta
                                                      Fasal 2
                                                  (i)
                  bakal menggantikan raja.
          1    •  Waris yang kedua  ialah             Fasal 2 menetapkan bahawa raja dan pewaris takhta kerajaan
                  anak raja yang setingkat            Johor mestilah berbangsa Melayu, lelaki, dan beragama Islam.
                  bawah waris.                        Fasal ini penting kerana dapat mengelakkan perebutan takhta
               •  Waris yang lain ialah               atau sebarang perselisihan tentang pewarisan takhta kerajaan. Ini
                  seorang anak raja yang              dapat memperkukuhkan institusi Kesultanan Johor.
                  boleh mengambil tempat          (ii)  Fasal 3
                  waris yang kedua dan boleh          Fasal 3 menetapkan keturunan Sultan Abu Bakar sebagai waris
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                  menjadi “bakal” jika tempat
                  dan pangkat yang demikian           takhta kerajaan Johor.  Fasal ini penting supaya takhta kerajaan
                  itu tidak terisi.                   Johor tidak jatuh ke pihak lain dan secara tidak langsung
                                                      mempertahankan kedaulatan negeri Johor.
                                              (b)  Larangan terhadap bakal raja
                                                  (i)   Fasal 8
                                                      Fasal 8 menetapkan bahawa bakal raja tidak boleh campur tangan
                                                      dalam perkara negeri. Ini penting untuk mengelakkan kekacauan
                                                      dalam hal ehwal negeri.
                                              (c)  Larangan raja menyerahkan negeri kepada kuasa luar
                                                  (i)   Fasal 15
               Fasal 15 menjadi benteng
               utama dalam usaha                      Fasal 15 meletakkan sultan sebagai pemerintah sebuah negeri
               menyelamatkan Johor daripada           yang merdeka. Raja memerintah disifatkan sebagai indvidu
               ancaman penjajahan British.            yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga dan memelihara
                                                      kemerdekaan negeri dan dilarang menyerahkan negeri kepada
                                                      kuasa atau kerajaan lain.
                                              (d)  Larangan terhadap bekas raja
                                                  (i)   Fasal 20
                                                      Fasal 20 memperuntukkan bekas raja tidak boleh mencampuri
                                                      perkara-perkara negeri untuk mengelakkan ketidakstabilan
                                                      politik. Ini juga merupakan satu usaha memelihara kedaulatan
                                                      negeri.
                                              (e)  Anugerah sultan kepada kerabatnya
                                                  (i)   Fasal 23
                                                      Fasal 23 menetapkan sultan dengan persetujuan Mesyuarat
                                                      Kerajaan boleh menganugerahkan gelaran Raja Muda, Bendahara,
                                                      dan Temenggung kepada kerabatnya. Raja juga berhak melucutkan
                                                      gelaran tersebut sekiranya dibuktikan mereka telah melakukan
                                                      kesalahan.
                                              (f)  Jemaah Menteri /  Menteri-menteri
                                                  (i)   Fasal 28
                                                      Fasal 28 menetapkan ahli Jemaah Menteri daripada pegawai-
                                                      pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Mesyuarat Kerajaan
                                                      dilantik oleh sultan.
                                                  (ii)   Fasal 30
                                                      Fasal 30 memperuntukkan bahawa menteri-menteri Johor mestilah
                                                      berbangsa Melayu, rakyat Johor, dan beragama Islam.  Ini adalah
                                                      penting supaya tidak muncul perselisihan dan perebutan kuasa
                                                      dari mana-mana pihak. Ini secara tidak langsung memastikan
                                                      kestabilan dan kekukuhan politik.
                                                  (iii)  Fasal 16
                                                      Fasal 16 memperuntukkan bahawa Ahli Jemaah Menteri dan
                                                      Mesyuarat Kerajaan dilarang menyerahkan negeri kepada
                                                      kerajaan lain. Sekiranya mereka menyerahkan negeri atau cuba
                                                      menyerahkan kerajaan Johor kepada kuasa atau kerajaan lain,
                                                      maka dianggap mereka menderhaka dan berdosa.


               24





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   24                                                                28/10/2021   3:54 PM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32