Page 24 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 24

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                    6  Prinsip-prinsip umum
                       (a)  Penzinaan                                                                          BAB
                           (i)   Fasal 6
                               Hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang.                              1
                               Fasal 6  memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri
                               orang lain akan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak
                               dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas).  Bagi
                               perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi
                               dia akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                           (ii)  Fasal 50
                               Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina.
                               Fasal 50 adalah tentang penzinaan. Jika kedua-dua penzina
                               mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan
                               membayar denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada
                               kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.
                       (b)  Perkahwinan
                           (i)   Fasal 65
                               Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan   Undang-undang ini tidak
                               yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkan   memperlihatkan unsur Islam.
                               bersama selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga   Undang-undang ini lebih
                               keimanan masing-masing.                             kepada adat tempatan.
                       (c)  Pembunuhan
                           (i)   Fasal 23
                               Hukum membunuh – pembunuhan sesama orang Islam.
                               Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam. Orang   Diat  ialah hukuman yang
                                                                                   berbentuk denda atau ganti rugi
                               Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman   dengan harta. Mengikut Islam,
                               bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang   hukuman ini dikenakan kepada
                               membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan   pembunuh yang membunuh
                               ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan   tanpa sengaja.
                               disedekahkan setahil sepaha emas.
                           (ii)  Fasal 4
                               Hukum membunuh – orang kafir membunuh orang Islam.
                               Fasal 4 memperuntukkan seorang kafir membunuh seorang
                               Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh
                               balas kerana jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir
                               tersebut memeluk Islam. Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya
                               dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas)
                               kepada keluarga simati.
                       (d)  Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar
                           (i)   Fasal 24
                               Protokol istana
                               Di bawah Fasal 24, seseorang itu perlu mematuhi beberapa
                               peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan
                               kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan
                               perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh
                               memandang muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau
                               bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam
                               berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.
                           (ii)  Fasal 77
                               Peraturan raja
                               Fasal 77 menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah di
                               negeri tersebut mangkat, maka takhta pemerintahan tersebut
                               akan diwarisi oleh  anak raja yang paling tua umurnya. Jika tiada,
                               maka anak raja yang umurnya paling kecil akan mewarisi takhta



                                                                                                        21





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   21                                                                28/10/2021   3:54 PM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29