Page 29 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 29

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                                              (n)  Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan
           BAB                                    (i)   Fasal 47
                                                      Fasal 47 memperuntukkan bahawa adalah tidak wajib bagi semua
          1                                           ahli Mesyuarat Kerajaan daripada bangsa Melayu atau beragama
                                                      Islam tetapi yang penting semua ahli mestilah daripada rakyat
                                                      Johor.
                                              (o)  Tugas dan kuasa Mesyuarat Kerajaan
                                                  (i)   Fasal 49
                                                      Fasal 49 menetapkan tugas dan bidang kuasa Mesyuarat Kerajaan
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                                      seperti:
                                                      –  Membantu raja dan Jemaah Menteri dalam hal pentadbiran
                                                         negeri dan rakyat.
                                                      –  Mempunyai kuasa perundangan.
                                                      –  Memajukan ekonomi negeri.
                                                      –  Menjaga dan membaiki taraf hidup rakyat.
                                                      –  Mencadangkan cara mengekalkan keamanan negeri dan
                                                         jajahan Johor.
                                                      –  Menjalin hubungan erat dengan kerajaan asing.
                                                      Mesyuarat  Kerajaan  memainkan  peranan  penting  dalam  aspek
                                                      politik, sosial, dan ekonomi. Mesyuarat Kerajaan penting dalam
                                                      “memanjangkan  muhibah  dan  perdamaian  dengan  kerajaan-
                                                      kerajaan asing” demi memelihara kemerdekaan negeri dan
                                                      menjadi benteng mengelakkan penjajahan British.
                                              (p)  Agama Islam
                                                  (i)   Fasal 57
                                                      Fasal  57  memperuntukkan  agama  Islam  sebagai  agama  negeri
                                                      dalam kerajaan Johor serta segala jajahannya. Namun, kebebasan
                                                      beragama dibenarkan secara aman dan sempurna. Ini jelas
                                                      menunjukkan Undang-undang Tubuh Johor dipengaruhi undang-
                                                      undang Islam di samping terdapat unsur pemodenan dari segi
                                                      kebebasan beragama secara aman.
                                              (q)  Hubungan dengan kerajaan lain
                                                  (i)   Fasal 59
                                                      Fasal 59 memperuntukkan bahawa raja dan kerajaan Johor
                                                      menjalin hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan lain khasnya
                                                      dengan kerajaan British. Ini membuktikan tujuan pengenalan
                                                      Undang-undang Tubuh Johor sebagai memelihara kedaulatan
                                                      negeri melalui hubungan baik dengan British.


                                                1.3  Sistem Sosial
                          ’12, ’14

                 Hasil Pembelajaran      1.3.1  Konsep dan Susun Lapis Masyarakat
                Menerangkan konsep dan     1  Masyarakat Melayu merujuk kepada kumpulan rakyat yang tinggal di
                susun lapis masyarakat        sesebuah negeri di bawah naungan seorang sultan atau raja.
                Melayu pada abad ke-19.
                                           2  Susun lapis masyarakat merujuk kepada stuktur sosial masyarakat. Susun lapis
                                              masyarakat Melayu berbentuk piramid bermula dengan sultan, pembesar,
                                              rakyat, dan hamba.
                                           3  Susun lapis ini mencerminkan kedudukan, taraf, dan peranan individu dalam
                                              masyarakat.





               26





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   26                                                                28/10/2021   3:54 PM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34