Page 23 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 23
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
C Sosial
BAB
Kekeluargaan
1
1 Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah.
2 Selaras dengan hukum syarak, lelaki diberikan keutamaan kerana mereka
menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.
Perkahwinan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1 Apabila seorang lelaki berkahwin, isterinya dikehendaki tinggal bersama-
sama dengan keluarga ibu bapa suaminya. Isterinya akan menjadi ahli
keluarga suaminya.
2 Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami (selari dengan
hukum syarak), iaitu perkahwinan hanya boleh dilangsungkan sekiranya:
(a) Tidak melanggar hukum agama Islam.
(b) Tidak ada pertalian darah atau pertalian perkahwinan.
(c) Pasangan tidak berkahwin dengan orang lain.
(d) Pasangan bukan daripada saudara susuan.
(e) Larangan berkahwin dengan dua orang perempuan yang bersaudara.
Kemasyarakatan
1 Pengkelompokan seperti dalam Adat Perpatih tidak wujud.
Hasil Pembelajaran 1.2.2 Undang-undang
Menghuraikan prinsip- Undang-undang 99 Perak
prinsip umum Undang-
undang 99 Perak. 1 Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua sekali di Perak
berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu tradisional.
2 Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa
sehingga tahun 1900 apabila digantikan dengan undang-undang lain, iaitu
bab Federated Malay States (FMS) 197.
3 Para pengkaji sejarah bersetuju bahawa Undang-undang 99 Perak bukanlah
undang-undang yang digubal dan berasal dari Perak tetapi dibawa dari luar.
Dipercayai bahawa undang-undang tersebut dibawa oleh Syed Hassan dari
Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin marhum
Tanah Abang (1577 – 1584) dan Tuan Syed Abdul Majid sebagai menterinya.
Teks Undang-undang 99 Perak disalin semula oleh Syed Jaafar bin Syed Unus
dengan membuat perubahan bersesuaian dengan masyarakat Perak.
4 Undang-undang 99 Perak memperlihatkan format undang-undang yang
tersusun dalam bentuk soalan dan jawapan antara Raja Nasruan Adil dengan
menterinya, Khoja Berza Amir Makim. Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur
bertimbang rasa, dan kompromi dalam Undang-undang 99 Perak.
5 Undang-undang Perak dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana
mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang dalam pelbagai aspek.
Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai
sistem kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa berlaku dalam
masyarakat pada zaman tradisional. Oleh demikian, Undang-undang 99
Perak dapat dijadikan bukti gambaran masyarakat Melayu tradisional dan
tamadun Melayu di Perak.
20
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 20 28/10/2021 3:54 PM

