Page 31 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 31

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                                           6  Secara  realiti,  tugas  sultan  lebih  menumpukan  hal  ehwal  agama  dan
           BAB                                adat  istiadat  Melayu  dalam  negeri.  Baginda  tidak  memainkan  peranan
                                              penting dalam sistem politik negeri. Ini kerana kuasa politiknya hanya
          1                                   terbatas di daerah diraja sahaja. Walaupun kedudukan dan kuasa sultan
                                              adalah lemah dari aspek politik tetapi sultan masih dianggap sebagai ketua
                                              negeri yang tertinggi, mempunyai daulat, dan harus dihormati. Baginda
                                              dianggap sebagai pemimpin kepada semua rakyat dari segi budaya dan
                                              agama, bertanggungjawab meluaskan pengaruh dalam ekonomi, dan hal-hal
                                              berkaitan dengan kehakiman.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                           7  Secara umumnya, tugas sultan merangkumi aspek seperti berikut:
                                              (a)  Melaksanakan kuasa kerajaan pusat yang terhad.
                                              (b)  Menguruskan hubungan luar negeri.
                                              (c)  Menyatupadukan rakyat.
                                              (d)  Memberi pinjaman dalam peperangan luar.
                                              (e)  Menjaga keamanan dan kemakmuran negeri.
                                           8  Sultan memiliki pelbagai keistimewaan yang membezakan kedudukan
                                              baginda dengan rakyat jelata. Antara keistimewaan tersebut ialah:
                                               (a)  Warna-warna tertentu hanya boleh digunakan oleh sultan dan
                                                  anakandanya, iaitu payung putih digunakan oleh sultan, dan payung
                                                  kuning digunakan oleh anakandanya.
                                              (b)  Sultan menggunakan “bahasa dalam” sebagai bahasa pertuturan harian
                                                  dan tempat kediamannya digelar istana.
                                              (c)  Kuasa sultan terbukti dengan adanya cap mohor diraja yang tercatat
                                                  nama baginda. Cap mohor digunakan dalam urusan rasmi untuk
                                                  mengesahkan arahan dari kerajaan dan semua rakyat mesti mematuhi
                                                  arahan tersebut.
                                              (d)  Alat kebesaran yang digunakan oleh sultan ialah kendi, ketur, kipas,
                                                  tepak, dan senjata tradisional.
                                              (e)  Sultan juga mempunyai alat muzik tradisional, iaitu nobat.
                                           9  Walaupun pembesar mempunyai kuasa penuh di daerah mereka, sultan atau
                                              institusi kesultanan masih diperlukan. Terdapat keadaan saling bergantung
                                              antara sultan dengan pembesar daerah. Sultan memerlukan pembesar daerah
                                              kerana kedudukan Sultan tidak akan sah dan terjamin tanpa sokongan dan
                                              persetujuan pembesar daerah.
                                          10  Bagi pembesar daerah, kekuatan dan pengaruh mereka tidak mencukupi
                                              tanpa gelaran dan lencana yang dikurniakan oleh sultan. Ini bermakna
                                              kewibawaan dan kedudukan pembesar daerah sangat bergantung kepada
                                              institusi kesultanan. Sultan menjadi lambang perpaduan dan penyatuan
                                              rakyat.  Dalam  perkataan  lain,  atas  sebab-sebab  perdagangan,  ekonomi,
                                              pertahanan negeri, keamanan, dan kesejahteraan negeri, institusi kesultanan
                                              perlu dikekalkan.
                                          11  Institusi kesultanan sangat diperlukan demi kemajuan negara dalam kegiatan
                                              perdagangan, pertahanan negeri, keamanan, kesejahteraan rakyat, dan
               Mengapakah masyarakat          perpaduan.
               Melayu sangat memerlukan    12  Dalam masyarakat Melayu tradisional, sultan dibantu oleh kerabatnya dan
               institusi kesultanan?
                                              golongan bangsawan terutamanya di istana. Jawatan Raja Muda diberikan
                                              kepada anak lelaki sulung atau adindanya jika sultan tidak mempunyai anak
                                              lelaki. Namun, sistem pewarisan ini tidak diamalkan di Perak (mengikut
                                              sistem penggiliran) dan Negeri Sembilan (mengikut Adat Perpatih).




               28





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   28                                                                28/10/2021   3:54 PM
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36