Page 32 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 32

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)

                   B   Kerabat Diraja
                    1  Kerabat diraja menduduki lapisan kedua dalam masyarakat feudal. Mereka                  BAB
                       mempunyai pertalian darah dengan sultan yang memerintah. Golongan ini                  1
                       menggunakan gelaran raja, tengku, dan engku.
                    2  Memandangkan mereka mempunyai hubungan rapat dengan sultan, maka
                       mereka amat berpengaruh.
                    3  Mereka mempunyai beberapa keistimewaan seperti menjadi pemerintah di
                       jajahan takluk.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                   C   Golongan Pembesar
                    1  Pembesar dilantik oleh sultan untuk membantu di peringkat negeri,
                       daerah, dan jajahan. Pembesar ini dibahagikan kepada beberapa  lapisan
                       yang mencerminkan kedudukan, keistimewaan, dan kuasa mereka dalam
                       masyarakat Melayu tradisional. Biasanya mereka terdiri daripada  keturunan
                       yang sudah lama mempunyai hubungan dengan daerah tersebut. Pada
                       amnya, pembesar terdiri daripada kerabat diraja. Mereka memperoleh hak
                       memerintah sesebuah daerah melalui tauliah daripada pemerintah. Biasanya
                       mereka menerima surat yang bercap mohor daripada pemerintah. Pembesar
                       memegang jawatan mereka seumur hidup atau seumur hidup pemerintah
                       yang memberi  mereka  jawatan itu. Apabila  seorang  pembesar meninggal
                       dunia, anaknya akan menggantikannya. Pembesar mesti menunjukkan taat
                       setia mereka kepada pemerintah. Pada masa upacara penting, pembesar
                       daerah dikehendaki pergi ke istana. Pada masa itu, pembesar akan melakukan
                       istiadat mengadap.
                    2  Pembesar mempunyai kuasa penuh dalam kawasan pentadbiran mereka.
                       Kedudukan pembesar sangat penting dalam sistem pemerintahan kerajaan.
                       Pembesar sangat rapat dengan rakyat. Oleh yang demikian, mereka menjadi
                       perantara antara sultan dengan rakyat. Ini menyebabkan terdapat kes di mana
                       pembesar lebih berkuasa daripada sultan.
                    3  Tugas utama pembesar ialah menjaga keamanan dan memungut cukai di
                       kawasan pentadbiran mereka yang dipanggil kawasan pemakanan. Pembesar
                       menggunakan pemungut cukai untuk menjalankan tugas penting ini. Segala
                       aktiviti  perdagangan  yang  melalui  daerah  itu  akan  dikenakan  cukai  di
                       pangkalan cukai yang didirikan di sepanjang sungai. Biasanya barang-barang
                       itu dikenakan cukai sebanyak 10% dan dibayar dengan barang. Sebahagian
                       daripada hasil cukai diberi kepada pemerintah sebagai ufti. Sebagai contoh,
                       Sultan Perak berhak mengambil $6 daripada tiap-tiap bahara (400 paun)
                       bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak. Pemberi hasil
                       ini melambangkan taat setia pembesar terhadap sultan.
                    4  Pembesar bebas menjalankan  kegiatan ekonomi. Seseorang pembesar
                       boleh mengekalkan pengaruh, kedudukan, dan kuasanya apabila mentadbir
                       sebuah kawasan yang kaya. Contohnya, Menteri Larut mendapat $180 000
                       setahun dari lombong di Larut dan Raja Jumaat di Lukut mempunyai
                       pendapatan sebanyak $120 000 setahun pada awal tahun 1860. Kekayaan
                       ekonomi bermakna kekuasaan politik. Kekayaan ekonomi terletak dalam
                       tangan pembesar daerah dan bukan sultan. Kekayaan ekonomi penting bagi
                       menampung keperluan anak  buah yang ramai.
                    5  Tugas yang tidak kurang pentingnya ialah tugas menjatuhkan hukuman
                       dan  denda dalam kes jenayah di daerah mereka. Hukuman mati hanya
                       boleh dijatuhkan oleh pemerintah, iaitu sultan. Sebelum tahun 1874, tidak
                       terdapat satu badan kehakiman yang bebas daripada badan pemerintahan.



                                                                                                        29





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   29                                                                28/10/2021   3:54 PM
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37