Page 35 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 35

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                                                  (iii)  Anak emas, iaitu  hamba lelaki dan hamba perempuan  yang
           BAB                                        berkahwin dan terikat dengan tuan mereka.
                                                  (iv)  Hamba bayar, iaitu hamba abdi yang diserahkan kepada orang
          1                                           lain sebagai cara menjelaskan hutangnya.
                                         Perubahan Susun Lapis Masyarakat Melayu Kesan Campur Tangan
                                         British
               •  Susun lapis masyarakat     1  Struktur dan susun lapis masyarakat Melayu tidak banyak berubah dengan
                 Melayu tradisional           campur tangan British.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                 mencerminkan kedudukan,
                 kekuasaan, dan kewibawaan     2  Golongan raja dan kaum kerabat masih kekal. Jawatan pembesar Melayu
                 seseorang dalam              dan institusi penghulu juga masih kekal.
                 masyarakat. Walaupun susun
                 lapis masyarakat Melayu     3  Perubahan yang ketara ialah dari segi kekuasaan dan hubungan antara
                 tradisional ini kompleks     golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah.
                 tetapi  teratur.
               •  Setiap golongan dalam     4  Penghulu tidak lagi terikat dengan pembesar daerah, malah menjadi
                 masyarakat mempunyai         kakitangan kerajaan British yang menerima gaji dan terdiri daripada
                 kedudukan dan fungsi         golongan berpendidikan dan berkelayakan.
                 masing-masing serta saling     5  Secara prinsipnya, rakyat biasa bukan lagi berada di bawah kuasa dan kawalan
                 bergantung antara satu sama
                 lain.                        golongan pemerintah. Dengan kedatangan British, raja dan pembesar tidak
                                              dibenarkan memungut cukai, tidak boleh melaksanakan sistem kerah, dan
                                              tidak boleh menyimpan hamba.
                                           6  Amalan perhambaan menjadi isu hangat dalam kalangan penjajah British.
                                              Mereka menganggap amalan perhambaan akan menjatuhkan maruah dan
                                              merosakkan nilai moral dan akhlak masyarakat Eropah. Oleh demikian,
                                              mereka bertindak melarang amalan tersebut.
                                           7  Raja dan pembesar Melayu membantah campur tangan British dalam soal
                                              perhambaan kerana penyimpanan hamba adalah penting dari segi politik
                                              dan sosial masyarakat Melayu. Amalan perhambaan merupakan warisan
                                              tradisi yang berperanan menyumbang tenaga dan memberikan status kepada
                                              tuannya. Bilangan hamba yang dimiliki oleh seseorang sultan atau pembesar
                                              menunjukkan status sosial dalam masyarakat dan mengukuhkan kedudukan
                                              ekonomi.
                                           8  Tindakan J.W.W. Birch (1875) yang memberikan perlindungan kepada hamba
                                              berhutang terutamanya hamba wanita dianggap oleh pembesar Melayu
                                              merampas hak mereka.
                                           9  Pada tahun 1884, institusi perhambaan diisytiharkan sebagai amalan yang
                                              diharamkan di Tanah Melayu.
                                          10  Institusi  perhambaan terus  lenyap  setelah  Persekutuan  Tanah Melayu
                                              mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.




                                                1.4  Sistem Ekonomi
                             ‘17

                                         1.4.1  Ekonomi Tradisional
                 Hasil Pembelajaran
                                           1  Sebelum kedatangan British, masyarakat peribumi menjalankan pelbagai
                Menjelaskan ciri-ciri         kegiatan ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil
                ekonomi tradisional.          hutan, menternak binatang, dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.
                                              Kegiatan ini dikenali sebagai kegiatan ekonomi sara diri.





               32





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   32                                                                28/10/2021   3:54 PM
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40