Page 37 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 37

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                                         Ciri-Ciri Ekonomi Tradisional
           BAB                            A   Penangkapan Ikan

          1                                1  Lokasi di paya, sungai, laut, dan sawah padi.
                                           2  Peralatan
                                              (a)  Nelayan menggunakan alatan tradisional seperti serampang, tombak,
                                                  tali kail, jala, bubu, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai,
                                                  jeramal, serkat ikan, dan lukah.
                                               (b)  Jika menangkap ikan di laut, nelayan akan menggunakan pukat, jala,
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                                  jaring, kelong, dan rawai.
                                              (c)  Jika di  sungai, mereka menggunakan pancing, jala, tangguk, kail, lukah,
                                                  tombak, dan serampang.
                Foto 1.9  Alat menangkap ikan    3  Tenaga kerja terdiri daripada ahli keluarga.
                                           4  Penggunaan lebihan hasil
                                              (a)  Ditukar untuk memperoleh barangan lain.
                                              (b)  Dibuat keropok, ikan masin, budu, dan sebagainya.

                                          B   Penanaman Padi Sawah dan Padi Huma
                                           1  Lokasi penanaman padi sawah di kawasan berhampiran dengan sungai kerana
                                              tanahnya subur dan mudah mendapatkan bekalan sumber air.
                                              (a)  Kawasan delta sungai di Kedah, Kelantan, Pahang, dan Negeri Sembilan.
                                              (b)  Di Sabah, penanaman padi di  Tuaran dan Penampang. Diusahakan
                                                  oleh orang Kadazandusun.
                                              (c)  Di Sarawak, kegiatan penanaman dilakukan oleh kaum Kelabit yang
                                                  tinggal  di kawasan bukit di hulu Sungai Baram.
                                              (d)  Padi sawah ditanam di kawasan tanah rata yang subur. Tanah
                                                  dibahagikan kepada beberapa petak sawah padi. Sistem tali air dibina
                                                  untuk  mengairi sawah padi.
                                           2  Lokasi padi huma di kawasan tanah tinggi atau di lereng bukit kerana tidak
                                              memerlukan air yang banyak.
                                              (a)  Di Sabah, orang Murut menanam padi huma sebagai kegiatan pertanian
                                                  pindah di bukit dan kawasan kurang subur.
                                              (b)  Di Sarawak, padi huma merupakan tanaman makanan utama bagi
                                                  sebilangan besar kumpulan etnik seperti orang Iban, Bidayuh, dan
                                                  Kenyah. Kawasan di rumah panjang dikhaskan untuk penanaman padi
                Foto 1.10  Kegiatan membajak      dan dijalankan secara bergotong-royong.
                                           3  Peralatan
                                              (a)  Tajuk, cangkul, tugal, tenggala, bajak, penyisir, dan kuku kambing.
                                              (b)  Pembinaan terusan dan sistem pengairan secara bergotong-royong.
                                           4  Tenaga kerja
                                              (a)  Seisi keluarga dan dilakukan secara bergotong royong,
                                              (b)  Tenaga binatang seperti kerbau untuk membantu kerja-kerja membajak.
                                           5  Penggunaan lebihan hasil
                                              (a)  Tujuan pertukaran barangan seperti garam.
                                              (b)  Disimpan untuk satu tempoh tertentu bertujuan untuk memastikan
                                                  kelangsungan bekalan makanan.

                                          C   Perlombongan
                                           1  Lokasi
                   Foto 1.11  Melampan        (a)  Emas dilombong di Kuala Selinsing, di Sungai Jelai (Pahang).



               34





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   34                                                                28/10/2021   3:54 PM
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42