Page 40 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 40
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(d) Orang Bajau, Melayu-Brunei, dan Suluk memperdagangkan hasil laut
dan beras. BAB
(e) Orang Kadazandusun dan Murut memperdagangkan hasil hutan.
4 Lokasi/pusat perdagangan 1
(a) Di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai.
(b) Pelabuhan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang.
(c) Contohnya, Pelabuhan Kedah, Klang, dan Singapura.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
B Penanaman Lada Hitam dan Gambir
1 Penglibatan pembesar Melayu dan orang Cina
(a) Pemerintah Johor, iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan
Sistem Kangcu pada tahun 1833 dan memajukan perdagangan lada
hitam dan gambir. Foto 1.16 Lada Hitam
(b) Beliau mengawal dan mengawasi penanaman lada hitam dan gambir
melalui Sistem Kangcu.
(c) Melalui sistem ini, orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali
sebagai surat sungai untuk menetap dan mengusahakan tanaman lada
hitam dan gambir di tebing sungai.
(d) Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan
memungut cukai.
(e) Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan
membawa kepada peningkatan eksport.
2 Mendapat sambutan yang baik di pasaran Singapura dan Eropah.
Foto 1.17 Tanaman gambir
C Pemungutan Hasil Hutan
1 Penglibatan pembesar Melayu
(a) Catatan Munsyi Abdullah mengatakan bahawa terdapat orang Jakun
yang mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, dan kayu wangi untuk
diperdagangkan dengan orang Melayu di Pahang pada tahun 1838.
(b) Pada tahun 1844, Bendahara Ali melantik seorang ketua orang Asli
sebagai wakil di penempatan orang Asli di Pahang untuk mengawal
kegiatan pemungutan hasil hutan.
(c) Di Johor, Temenggung Ibrahim memonopoli kawasan getah perca.
Dengan bantuan orang Melayu dan orang Asli, beliau berjaya membawa
bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke luar negara.
2 Hasil hutan mendapat pasaran yang baik di China.
D Penanaman Padi
Foto 1.18 Temenggung
1 Penglibatan rakyat Ibrahim
(a) Masyarakat peribumi mengusahakan penananam padi secara tradisional
tetapi telah menjurus ke arah tahap komersial apabila padi dieksport
ke negeri lain.
2 Pasaran
(a) Padi diekspot ke negara jiran terutama dari kawasan yang subur.
(b) Kedah dan Kelantan menjadi pembekal padi utama.
(c) Kedah membekalkan 2 000 koyan padi ke Pulau Pinang.
(d) Kelantan membekalkan padi ke Singapura.
(e) Begitu juga dengan Selangor, Perak, dan Terengganu.
(f) Pada abad ke-19, Selangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu
mengimportnya lagi.
37
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 37 28/10/2021 3:54 PM

