Page 33 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 33

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                                              Pada  teorinya,  kuasa  terletak  pada  sultan  dan  pada  praktiknya  pembesar
           BAB                                yang menjalankan undang-undang sebagai sebahagian daripada tugas dan
                                              tanggungjawab mereka memelihara keamanan.
          1                                6  Selain tugas penting yang mesti dijalankan oleh pembesar, mereka juga
                                              dikehendaki membekalkan tenaga buruh  untuk  membina  istana baru,
                                              membina kapal untuk sultan, dan membina panggung dan pentas serta
                                              perhiasan istana apabila menyambut perayaan adat resam, dan agama.
                                              Pembesar mendapatkan tenaga buruh daripada penduduk di daerahnya.
                                              Semasa peperangan, pembesar juga mesti membekalkan tenaga ketenteraan
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                              kepada kerajaan. Dalam hal ini, pembesar akan menjalankan sistem kerah
                                              untuk khidmat negeri dan peribadi.

                                          D   Penghulu
                                           1  Penghulu mentadbir dan mengawal unit politik terkecil, iaitu kampung dan
                                              menjadi orang perantaraan antara pembesar daerah dengan rakyat.
                                           2  Tugas penghulu adalah seperti berikut:
                                              (a)  Memungut cukai dan hasil-hasil.
                                              (b)  Menjaga keamanan kampung.
                                              (c)  Menyelesaikan sebarang perselisihan.
                                              (d)  Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan.
                                              (e)  Menyediakan tenaga buruh dari kampung di bawah sistem kerah.
                                              (f)  Memastikan penduduk kampung taat setia kepada sultan.
                                              (g)  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pembesar daerah.
                                           3  Penghulu  menjalin  hubungan  baik  dengan  anak  buah  di  kampung.  Ini
                                              penting untuk memastikan anak buahnya tidak berpindah ke tempat lain
                                              kerana jika mobiliti rakyat berlaku, sedikit sebanyak kedudukan dan sumber
                                              pendapatan penghulu akan terjejas.

                                          E   Golongan Ulama
                                           1  Masyarakat Melayu tradisional menganggap golongan ini sebagai golongan
                                              cerdik pandai.
                                           2  Golongan ulama adalah pakar dalam bidang agama Islam.
                                           3  Golongan ini dilantik menjadi guru, penasihat sultan, dan kadi.
                                           4  Mereka berperanan menyebarkan agama Islam dan bertanggungjawab
                                              menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan agama.
                                           5  Golongan ini turut mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian,
                                              kebudayaan,  kesusasteraan, adat istiadat, dan salasilah raja.
                                           6  Mereka menggunakan gelaran seperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama,
                                              dan Imam Maharaja.
                                         Golongan Diperintah

                                          A   Rakyat
                                           1  Rakyat jelata dalam masyarakat Melayu tradisional kebanyakannya tinggal
                                              di tebing sungai yang menjadi sumber perhubungan utama tempat mereka
               Imam, Syed, dan Haji
               merupakan pemimpin agama       mencari rezeki.
               yang mempunyai kedudukan     2  Rakyat jelata menjalankan kegiatan ekonomi pertanian dan perikanan secara
               mulia dalam kalangan rakyat    kecil-kecilan selain menternak, berkebun, dan sebahagian kecil melibatkan
               jelata.
                                              diri dalam perlombongan dan perdagangan.




               30





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   30                                                                28/10/2021   3:54 PM
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38