Page 36 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 36
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
2 Kegiatan ekonomi tradisional dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan Ekonomi sara diri ialah
dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian. kegiatan ekonomi yang tidak BAB
mengeluarkan lebihan hasil bagi
3 Keperluan asas ekonomi kehidupan tradisional masyarakat peribumi ialah tujuan perdagangan. 1
secukup hidup, iaitu menyara keluarga sahaja. Ini jelas menunjukkan
keperluan hidup mereka adalah sederhana.
4 Tidak menggunakan teknologi moden. Alatan pertanian adalah mudah
dan tradisional, iaitu penggunaan haiwan atau binatang dan manusia tanpa
teknologi moden.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
5 Kegiatan ekonomi berkait rapat dengan kawasan penempatan masyarakat
peribumi. Mereka mendirikan penempatan berhampiran laut, pinggir
sungai, atau hutan. Oleh yang demikian, kegiatan ekonomi tradisional yang
utama ialah pertanian selain daripada menangkap ikan dan memungut
hasil hutan.
6 Tanaman utama ialah padi sawah dan tanaman sampingan seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan. Hasil pertanian bergantung kepada
keluasan tanah yang diusahakan, jumlah keperluan keluarga, dan tenaga
kerja keluarga.
7 Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas, malah masyarakat peribumi Foto 1.8 Sawah padi
bekerja sebagai petani, nelayan, pengayuh sampan, dan semua kerja yang
perlu dilaksanakan serentak. Ini bermakna orang yang sama melakukan
kerja menghasilkan makanan dan orang yang sama melakukan kerja lain.
Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.
8 Tenaga ahli keluarga adalah penting dari peringkat awal sehingga ke Mengapakah unit keluarga
peringkat pengeluaran. Unit keluarga merupakan unit pengeluar dan unit amat penting bagi kegiatan
pengguna. Keluarga bukan sahaja merupakan unit sosial tetapi juga unit ekonomi tradisional?
ekonomi.
9 Bagi masyarakat peribumi, jika terdapat lebihan hasil, biasanya akan
digunakan semula untuk tujuan pertukaran barangan, kenduri-kendara,
pembayaran zakat, sedekah, atau hadiah. Kadang-kala, lebihan pengeluaran
disimpan untuk satu tempoh tertentu seperti penanaman padi bertujuan
untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.
10 Dalam sistem ekonomi tradisional, wujud amalan gotong-royong, berderau,
dan bentuk kerjasama yang lain. Amalan gotong-royong dan tolong-
menolong berhubung kait dengan nilai-nilai masyarakat peribumi, pertalian
kekeluargaan, dan kegiatan ekonomi. Semua penduduk kampung mempunyai
tanggungjawab sosial antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu
tugas secara bersama, misalnya semasa penanaman padi dan musim menuai.
11 Sebab-sebab masyarakat peribumi tidak dapat mengeluarkan lebihan hasil: Bentuk perdagangan
(a) Kekurangan tenaga buruh. pertukaran barangan atau
(b) Menanggung beban kerja kerah bagi pihak pemerintah. sistem barter membuktikan
(c) Sistem serah di mana ada petani yang terpaksa menyerahkan satu bahawa masyarakat peribumi
persepuluh hasil mereka kepada pembesar. telah terlibat dalam kegiatan
(d) Keluasan tanah yang kecil. perdagangan dalam kalangan
masyarakat sekampung.
(e) Corak kehidupan tradisional masyarakat peribumi yang sederhana dan
ringkas.
(f) Penggunaan sistem barter – penggunaan mata wang terhad.
(g) Cukai yang tinggi dikenakan oleh raja dan pembesar terhadap
penduduk.
(h) Tiada persaingan dari segi ekonomi.
33
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 33 28/10/2021 3:54 PM

