Page 43 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 43
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
Kawalan dan kuasa para 3 Penglibatan pembesar Melayu
BAB pembesar Melayu dalam (a) Penghasilan bijih timah terletak di bawah kawalan raja dan pembesar
kegiatan perlombangan bijih
Melayu seperti:
1 timah menunjukkan keterlibatan (i) Long Jaafar dan Ngah Ibrahim (Perak).
mereka dalam kegiatan
ekonomi komersial. (ii) Raja Bongsu dan Raja Jumaat di Lukut (Perak).
(iii) Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar di Sungai Ujong.
(b) Para pembesar memainkan peranan penting dalam sektor perlombongan
bijih timah sebelum kedatangan British sehingga pertengahan abad
ke-19.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(c) Pengusaha dari China dipantau dan dikawal sepenuhnya oleh para
pembesar Melayu.
(d) Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
para pembesar Melayu sebelum mengusahakan lombong bijih timah.
(e) Para pembesar akan memastikan hasil bijih yang telah dilombong dijual
semula kepada mereka.
(f) Para pembesar Melayu menentukan harga bijih timah.
Foto 1.26 Dato’ Kelana Sungai (g) Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada
Ujong saudagar-saudagar China dari Negeri-negeri Selat.
(h) Contohnya, Raja Jumaat mengambil Chee Yam Chuan sebagai rakan
kongsi dalam sektor perlombongan bijih timah.
1 Institusi pemerintahan pada abad ke-19 memperlihatkan raja, sultan, atau Yang Dipertuan Besar sebagai
kuasa tertinggi dalam negeri.
2 Para pembesar memainkan peranan penting dalam pentadbiran pusat dan wilayah.
3 Institusi penghulu menjadi perantara antara raja atau pembesar dengan rakyat.
4 Amalan Adat Perpatih dan Adat Temenggung membuktikan bahawa masyarakat peribumi mempunyai
sistem perundangan tersendiri.
5 Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Johor diperkenalkan demi memelihara keharmonian
rakyat dan kedaulatan negeri.
6 Susun lapis masyarakat terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Setiap individu dalam masyarakat memainkan peranan masing-masing.
7 Masyarakat peribumi sebelum kedatangan British bukannya masyarakat pertanian semata-mata.
Terdapat bukti mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial melalui kegiatan jual beli dan kegiatan
pengeksportan tanaman dan hasil galian. Satu unsur unik kegiatan ekonomi komersial ialah Sistem
Pajakan yang dilaksanakan oleh Sultan Abdul Hamid di Kedah.
PRAKTIS STPM
1 Huraikan peranan pembesar peringkat kampung dalam masyarakat Melayu pada abad ke-19. [20]
2 Huraikan prinsip-prinsip umum Undang-undang 99 Perak dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat Melayu pada abad ke-19. [20]
3 Jelaskan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.
[20]
4 Jelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional masyarakat peribumi pada abad ke-19. [20]
40
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 40 28/10/2021 3:54 PM

