Page 42 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 42
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(iv) Hasil pajakan ini meningkatkan sumber pendapatan negara.
Contohnya, pada bulan Februari 1885, hasil kutipan pajakan BAB
bertambah kepada $4 6832.24 dengan penerimaan hasil pajakan
kayu larangan daripada Wa Chiew untuk tempoh setahun 1
sebanyak $600.00.
(v) Selain hasil pajakan kayu larangan, terdapat juga hasil pajakan
untuk buluh, rotan, getah damar, getah hutan, serta tahi kelawar.
(e) Kegiatan perlombongan
(i) Kegiatan perlombongan secara komersial tertumpu kepada hasil
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
bijih timah.
(ii) Pada mulanya, kegiatan tersebut dilakukan oleh masyarakat Foto 1.22 Pokok cengal
peribumi secara kecil-kecilan dengan menggunakan kaedah
mendulang.
(iii) Kemudiannya, perlombongan bijih timah diusahakan secara
komersial apabila Sultan Abdul Hamid memajakkan kegiatan
melombong bijih timah kepada seorang pengusaha, iaitu Syed
Abdullah yang memajak lombong bijih timah di Kuala Muda dan
Karangan pada nilai $1 033.16.
F Perlombongan Antimoni dan Emas
1 Penglibatan pembesar Foto 1.23 Sultan Abdul Hamid
(a) Sejak abad ke-19, kegiatan melombong antimoni dan emas di Sarawak
ditadbir oleh Datu Patinggi Ali.
2 Penglibatan rakyat peribumi
(a) Kaum Bidayuh memainkan peranan aktif dalam mengusahakan kedua-
dua jenis perlombongan ini.
G Perlombongan Bijih Timah
1 Penglibatan rakyat peribumi
(a) Orang Melayu menganggap kegiatan perlombongan bijih timah sebagai
kerja sambilan sahaja.
(b) Masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun,
dan India sebelum kedatangan British. Selain dipasarkan, bijih juga Foto 1.24 Datu Patinggi Ali
digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,
alatan senjata, dan alatan muzik seperti gong.
2 Kaedah perlombongan
(a) Kaedah tradisional seperti mendulang dan melampan.
(b) Permintaan terhadap bijih timah semakin meningkat kesan berlakunya
Revolusi Perindustrian di Britain.
(c) Para pembesar yang selama ini bergantung kepada orang Melayu tidak
berjaya membekalkan bijih timah secukupnya.
(d) Tambahan pula, cara pengeluaran orang Melayu tidak dapat
mengeluarkan hasil yang banyak.
(e) Orang Melayu hanya kerja di lombong secara sambilan sahaja.
(f) Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, para pembesar
membawa masuk pelombong Cina mulai tahun 1830-an.
(g) Buktinya Long Jaafar membawa masuk orang Cina ke Larut bagi tujuan Foto 1.25 Ngah Ibrahim
mengerjakan lombong bijih timah.
39
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 39 28/10/2021 3:54 PM

