Page 45 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 45

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)

                                                3.1  Gerakan Nasionalisme


                                           1  Gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar berlaku pada awal abad
                                              ke-20. Namun, bibit-bibit nasionalisme telahpun berlaku pada abad ke-19
                                              lagi.
                                           2  Di Indonesia, contohnya, penentangan di Sulawesi yang dilakukan oleh Lavi
                                              Bone, Perang Paderi (1819) di bawah pimpinan Imam Bonjol, dan Perang
                                              Jawa (1825) di bawah pimpinan Pangeran Dipo Negoro.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                           3  Gerakan kesedaran pada abad ke-19 lebih bercorak setempat kerana tidak
                                              dianggotai oleh segenap masyarakat dan tidak bercorak kebangsaan.
                                           4  Gerakan  kesedaran  lebih  bercorak  kedaerahan.  Gerakan  ini  berpunca
                                              daripada keinginan untuk memajukan kaum atau masyarakat tertentu kerana
                                              dasar dan pembaharuan penjajah,


                                         3.1.1  Faktor Kemunculan Nasionalisme pada Abad ke-19


                            ’13          Indonesia
                 Hasil Pembelajaran       A   Sejarah Kejayaan Masa Lampau Sebagai Inspirasi 006 / 2009

                Menganalisis faktor-faktor     1  Gerakan kesedaran Indonesia pada abad ke-19 mendapat inspirasi daripada
                kemunculan nasionalisme.      kegemilangan empayar Srivijaya dan Majapahit pada zaman lampau.
                                           2  Pejuang gerakan nasionalisme menggunakan sejarah kegemilangan Srivijaya
                                              dan Majapahit sebagai inspirasi dan pedoman supaya dapat mendorong
                                              semangat perjuangan bangsa.
                                           3  Empayar Srivijaya
                                              (a)  Empayar Srivijaya diasaskan pada sekitar abad ketujuh Masihi. Srivijaya
                                                  berjaya menguasai Selat Melaka, Selat Sunda, dan Laut Jawa disebabkan
                                                  keunggulan angkatan lautnya.
                                              (b)  Dengan ini, Srivijaya dapat mengawal kegiatan perdagangan maritim
                                                  di Kepulauan Melayu.
                                              (c)  Srivijaya berperanan sebagai pelabuhan entrepot dalam kegiatan
                                                  perdagangan antara China, India, dan Barat.
                                           4  Empayar Majapahit
                                              (a)  Empayar Majapahit pula adalah sebuah kerajaan yang pernah dibentuk
                                                  pada sekitar tahun 1293 hingga 1500 Masihi. Empayar Majapahit
                                                  pernah menguasai Pulau Jawa, Sumatera, Tanah Melayu, Borneo,
                                                  Sulawesi, Madura, Bali, dan wilayah lain di Nusantara.
           BAB                                (b)  Majapahit menjadi sebuah kerajaan yang paling berkuasa di Asia
                                                  Tenggara dan mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Hayam
          3                                       Wuruk yang dibantu oleh Perdana Menterinya, iaitu Patih Gajah Mada.
                                              (c)  Pada abad ke-15, Majapahit menjadi pusat perdagangan utama.
                                                  Pelabuhan utama ialah Kataha (Kedah Tua) (atau Chiecha dalam
                                                  rekod China) dan Temasik yang sering dikunjungi oleh pedagang dari
                                                  Asia Tenggara, China, India, dan Timur Tengah.







              346





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   346                                                           28/10/2021   4:04 PM
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50