Page 41 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 41

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)

                                          E   Sistem Pajak di Kedah
           BAB
               Pengenalan Sistem Pajak     1  Penglibatan golongan pemerintah dan pengusaha luar
          1    di Kedah membuktikan           (a)  Padi
               masyarakat Melayu bergiat          (i)   Sultan Abdul Hamid memajak tanah kepada pemodal bagi
               aktif dalam ekonomi komersial.         penanaman hasil padi untuk dieksport.
               Golongan pemerintah seperti        (ii)  Sultan Abdul Hamid memonopoli kegiatan penanaman padi
               raja dan pembesar menguasai
               kegiatan ekonomi komersial             dengan menguasai sumber tanah untuk dijadikan kawasan sawah
               sebelum campur tangan British.         padi yang digelar sebagai “bendang raja”.
                                                  (iii)  Baginda memilih tanah bendang yang subur lalu mengerahkan
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                                      rakyat mengusahakannya dan melantik wakil menjaga serta
                                                      mengutip hasil penanaman padi pada tiap-tiap musim.
                                                  (iv)  Baginda berkuasa penuh dalam urusan penjualan dan
                                                      pengeksportan hasil padi kepada pihak luar melalui wakil yang
                                                      dilantik oleh baginda.
                                                  (v)  Baginda bertindak menyerahkan  hak dan kuasa pengutipan
                                                      hasil pertanian dari tanaman padi kepada individu tertentu yang
                                                      berjaya  mendapat  konsesi  berkenaan  melalui  sistem  pajakan
                                                      dalam tempoh masa yang ditetapkan.
                                                  (vi)  Kegiatan pengeksportan bekalan beras ke luar negeri dijalankan
                                                      di pelabuhan Kuala Kedah, Kuala Muda, dan Pulau Langkawi.
                 Foto 1.19  Wan Mat Saman         (vii)  Pembinaan terusan atau tali air. Contohnya, terusan utama di
                                                      Kedah ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun
                                                      1885.
                                              (b)   Ubi kayu
                                                  (i)   Penanaman ubi kayu merupakan kegiatan pertanian penting yang
                                                      dijalankan secara komersial dan secara ladang di kawasan selatan
                                                      Kedah khususnya di Kulim.
                                                  (ii)  Perkembangan kegiatan  penanaman ubi kayu berlaku apabila
                                                      Sultan Abdul Hamid memberikan konsesi tanah dan hak pajakan
                                                      kepada pengusaha asing yang terdiri daripada bangsa Cina dan
                                                      Eropah.
                                                  (iii)  Seorang pengusaha Cina, iaitu Lim Lan Chek dari Pulau Pinang
                                                      berjaya mendapatkan pajakan lalu membuka dan memajukan
                                                      ladang ubi kayu di Kulim pada tahun 1892.
                                                  (iv)  Lim Lan Chek merupakan saudagar Cina yang berpengaruh dan
                    Foto 1.20  Ubi kayu               mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Abdul Hamid.
                                              (c)  Getah
                                                  (i)   Sultan Abdul Hamid memberikan  konsesi dan  hak  pajakan
                                                      memungut hasil getah kepada beberapa individu Cina seperti
                                                      Beng Loon.
                                                  (ii)  Pihak British di Pulau Pinang mengemukakan permohonan untuk
                                                      membuka tanah bagi penanaman getah.
                                                  (iii)  Baginda telah memberi kebenaran kepada pegawai British untuk
                                                      membuka ladang getah di Kedah.
                                              (d)  Kegiatan perhutanan
                                                  (i)   Kegiatan perhutanan tersenarai dalam sumber hasil pajakan
                                                      sebagai kayu larangan.
                  Foto 1.21  Pokok getah          (ii)  Kayu larangan terdiri daripada kayu-kayan yang bernilai
                                                      dan bermutu tingggi seperti pokok merbau, pokok cengal, dan
                                                      lain-lain.
                                                  (iii)  Hanya individu tertentu yang telah mendapat pajakan sahaja yang
                                                      boleh mengambil dan menebang pokok tersebut.



               38





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   38                                                                28/10/2021   3:54 PM
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46