Page 46 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 46
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
B Lahirnya Golongan Cendekiawan
1 Perkembangan pendidikan menyebabkan kemunculan golongan
cendekiawan.
2 Mereka menjadi penggerak dan pemimpin dalam gerakan nasionalisme
menentang penjajah.
C Kesengsaraan Ekonomi dan Sosial
1 Pelaksanaan Sistem Tanaman Paksa (1830) dan Dasar Liberal (1870)
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
amat menyedihkan bagi peribumi Indoneisa. Di bawah Sistem Tanaman
Paksa, kaum tani diperas dengan begitu kejam sehingga berlakunya
kebuluran yang dahsyat di Jawa Tengah. Mereka diperhambakan untuk
mengeluarkan tanaman komersial yang amat menguntungkan pihak penjajah
Belanda.
2 Pegawai Belanda dan pembesar Jawa juga memaksa kaum tani
membayar cukai tanah bagi tanah yang dikhaskan untuk penanaman
tanaman komersial. Bahagian tanah ini sepatutnya dikecualikan daripada
pembayaran cukai.
3 Di bawah Dasar Liberal pula, golongan swasta telah menindas kaum tani
dengan kejam demi mengaut keuntungan yang lebih. Kedua-dua sistem
ekonomi Belanda ini boleh diumpamakan sebagai satu bentuk penindasan
dan pemerasan terhadap peribumi Indonesia. Mereka hidup sengsara dan
terhimpit. Tidak hairanlah mengapa ramai kaum tani telah menyertai Perang
Jawa di bawah pimpinan Dipo Negoro.
4 Peribumi Indonesai juga tidak puas hati atas dasar diskriminasi yang
diamalkan oleh Belanda dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan.
Mereka juga benci terhadap Belanda yang telah menyerahkan kuasa mengutip
cukai kepada orang Cina. Orang Cina telah memaksa golongan peribumi
membayar cukai yang lebih tinggi daripada yang telah ditetapkan. Orang
Cina juga berfungsi sebagai orang tengah dalam ekonomi komersial. Mereka
telah membeli hasil-hasil keluaran kaum tani dengan harga yang amat
rendah. Di sebaliknya, mereka menjual barangan mereka kepada peribumi
dengan harga yang tinggi sehingga ada petani yang terpaksa berhutang
dengan mereka.
5 Kekejaman dan penindasan orang Cina telah membangkitkan kemarahan
peribumi Indonesia. Mereka telah menyalahkan penjajah Belanda yang
membenarkan kemasukan orang Cina. Maka lahirlah sentimen anti-Cina
dan anti-Belanda.
D Persamaan Agama STPM 2004
BAB
1 Walaupun penduduk peribumi terpisah dari segi geografi, namun hampir
90% daripada mereka beragama Islam. Agama Islam menjadi satu unsur 3
penting dalam perpaduan, penyatuan, dan persaudaraan penduduk peribumi
dalam menentang penjajahan.
2 Ini terbukti semasa gerakan nasionalisme pada abad ke-19 dan awal abad
ke-20.
347
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 347 28/10/2021 4:04 PM

