Page 47 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 47
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
E Peranan Karya Kesusasteraan STPM 2
1 Pada abad ke-19, karya yang paling menonjol ialah novel Jose Rizal, iaitu Noli
Me Tangere dan El Filibusterismo. Kedua-dua novel ini menyampaikan mesej
tentang penindasan dan kekejaman penjajah Sepanyol terhadap peribumi
Filipina.
2 Karya-karya tersebut menjadi inspirasi kepada peribumi Indonesia untuk
menentang penjajah Belanda.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
F Pengaruh Luar
1 Pergerakan nasionalisme Filipina
(a) Gerakan dakyah di bawah pimpinan Jose Rizal. Beliau menuntut
agar bangsa Filipina diberi layanan yang sama dengan bangsa
Sepanyol.
(b) Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan
mendesak kerajaan Sepanyol melaksanakan pembaharuan politik,
ekonomi dan sosial bagi penduduk tempatan. Beliau ditangkap dan
dibuang negeri ke Dapitan. Akhirnya, beliau dikenakan hukuman
bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan revolusi.
(c) Selepas itu, perjuangan gerakan nasionalisme diteruskan oleh Andres
Bonifacio dan Emilio Aquinaldo.
2 Pergerakan nasionalisme Mesir
(a) Pergerakan ini di bawah pimpinan Arabi Pasha. Gerakan ini bertujuan
untuk menentang kekuasaan bangsa Eropah khasnya bangsa British
terhadap Mesir.
(b) Pelajar-pelajar Indonesia yang menuntut di Mesir amat terpengaruh
dengan gerakan tersebut. Demi perpaduan dan persaudaraan, mereka
telah menyertai gerakan kesedaran untuk menentang Belanda dan
menuntut pembaharuan.
Myanmar
1 Seperti Indonesia, gerakan kesedaran di Myanmar pada abad ke-19
juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kesengsaraan hidup di
bawah pemerintahan British, pengaruh golongan agama, usaha golongan
cendekiawan, dan pengaruh luar.
A Kesengsaraan Hidup di Bawah Pemerintahan British
1 Peribumi Myanmar sentiasa ditindas oleh ceti-ceti India. Demi
memajukan kegiatan penanaman padi, kaum tani meminjam daripada
BAB ceti India dengan kadar bunga yang tinggi. Selain itu, ada yang terpaksa
menyerahkan hak milik tanah mereka kepada ceti India sebagai cagaran.
3 Biasanya, tanah kaum tani tergadai dan menjadi milik ceti ini kerana kaum
tani tak dapat melangsaikan hutang pinjaman mereka dalam tempoh yang
dipersetujui.
2 Masyarakat tradisional juga ditindas di bawah perundangan British seperti
cukai yang tinggi dan pengenalan ekonomi komersial.
3 Kedudukan sosial dan ekonomi masyarakat peribumi semakin merosot
sehingga mereka bangun menentang British.
348
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 348 28/10/2021 4:04 PM

