Page 48 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 48
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
B Peranan Golongan Agama
1 Gerakan nasionalisme Myanmar pada peringkat awal bersifat keagamaan
dan kebudayaan di bawah pimpinan golongan agama. Ini disebabkan semasa
pemerintahan British, agama Buddha telah merosot.
2 Golongan agama ingin menghidupkan kembali kegemilangan agama
Buddha semasa di bawah pemerintahan raja-raja Dinasti Konbaung.
3 Dengan ini, tertubuhnya Persatuan Sasanadara pada tahun 1897 di Mandalay
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
oleh U Shwy Thwin. Persatuan agama ini bertujuan untuk memajukan
kehidupan sosial orang Myanmar dengan menubuhkan sekolah agama
Buddha.
4 Apabila Myamar Hulu jatuh ke tangan British, Raja Myanmar yang terakhir,
iaitu Raja Thibaw dibuang negeri ke India. Sebelum itu, Raja Myanmar
merupakan pelindung kepada agama Buddha. Kini, agama Buddha telah
kehilangan pelindungnya.
5 Tambahan pula, peranan golongan sami Buddha kini terletak di bawah
pengawasan undang-undang British. Golongan sami Buddha telah kehilangan
kedudukan sosial mereka dalam masyarakat tradisional Myanmar.
C Usaha Golongan Cendekiawan
1 Golongan cendekiawan yang berpendidikan agama dan Barat memainkan
peranan penting dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan.
2 Mereka telah menjadi pemimpin, ejen perubahan, dan perintis dalam gerakan
kesedaran peringkat awal.
D Pengaruh Luar
1 Pergerakan nasionalisme Filipina
(a) Gerakan nasionalisme di Filipina menentang Sepanyol memberi
inspirasi kepada gerakan kesedaran Myanmar.
(b) Pemimpin utama gerakan nasionalisme Filipina, iaitu Jose Rizal telah
menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan mendesak
kerajaan Sepanyol melaksanakan pembaharuan politik, ekonomi, dan
sosial bagi penduduk tempatan. Akan tetapi, beliau ditangkap dan
dibuang negeri ke Dapitan. Akhirnya, beliau dikenakan hukuman
bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan revolusi.
(c) Selepas itu, perjuangan gerakan nasionalisme diteruskan oleh Andres
Bonifacio dan Emilio Aquinaldo. Para nasionalis ini telah merancang
revolusi pada tahun 1898 untuk menggulingkan rejim Sepanyol tetapi gagal.
Kesimpulan BAB
3
1 Gerakan kesedaran Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19 didorong oleh
faktor yang agak sama. Masyarakat peribumi kedua-dua negara ini hidup
tertindas dan terhimpit. Mereka diumpamakan sebagai hamba di tanah air
mereka sendiri.
2 Gerakan kesedaran para peringkat awal memberi inspirasi kepada gerakan
nasionalisme ke arah perjuangan yang lebih radikal yang akhirnya berjaya
membebaskan tanah air daripada penjajahan Barat.
349
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 349 28/10/2021 4:04 PM

