Page 49 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 49
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
Hasil Pembelajaran 3.1.2 Parti Politik dan Persatuan
Menerangkan sebab 1 Kesan daripada penjajahan Belanda di Indonesia dan British di Myanmar
penubuhan dan matlamat muncul pelbagai persatuan dan parti politik yang mendukung gerakan
persatuan dan parti politik nasionalisme.
yang mendukung gerakan
nasionalisme. 2 Pada peringkat awal, persatuan yang wujud tidak berunsur politik, lebih
kepada perjuangan ingin membaiki kehidupan masyarakat peribumi yang
tertindas di bawah penjajahan Barat.
3 Gerakan nasionalisme mula radikal apabila parti-parti politik
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
memperjuangkan kemerdekaan mutlak.
4 Di Indonesia, Sarekat Islam dan Partai Nasional Indonesia penting sebagai
penggerak dan pelindung kepada masyarakat peribumi.
5 Begitu juga dengan parti di Myanmar seperti Young Men Buddhist Association
(YMBA) dan Poor Man’s Party.
’12 Sarekat Islam
A Latar Belakang
1 Perniagaan batik dalam kalangan masyarakat tempatan agak penting di
Indonesia. Pada awal abad ke-20, pedagang Cina turut terlibat dalam
perniagaan ini. Mereka membekalkan kain, pewarna, dan lilin kepada
pedagang batik di Jawa. Pedagang tempatan tidak dapat bersaing dengan
mereka.
2 Oleh itu, pedagang tempatan yang beragama Islam telah bergabung untuk
Foto 3.1 Mesyuarat Sarekat melindungi kepentingan mereka. R.M. Tirtoadisurjo telah menubuhkan
Islam
Sarekat Dagang Islam pada tahun 1909.
3 Agama Islam digunakan sebagai alat penyatuan, persefahaman, dan
persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di Jawa. Haji Samanhoedi
menubuhkan cawangan Sarekat Dagang Islam di Bogor pada tahun 1911.
4 Tujuan asal Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan
pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagang-
pedagang batik Cina. Maka, boleh dikatakan bahawa Sarekat Dagang Islam
merupakan pertubuhan batik anti-Cina.
5 Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat
Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi Presiden. Kebanyakan ahli Sarekat
Memandangkan Sarekat
Islam menggunakan agama Islam di Borneo dan Sulawesi menganggapnya sebagai langkah pertama
Islam sebagai alat perpaduan, perang jihad Indonesia terhadap orang kafir, iaitu orang Cina dan orang
maka masyarakat tempatan Belanda.
melihatnya sebagai jalan
BAB penyelesaian mengatasi B Sebab dan Matlamat Penubuhan
masalah sosioekonomi dan
3 perang jihad menentang orang 1 Penubuhan Sarekat Islam dipengaruhi oleh:
kafir.
(a) Persaingan daripada pedagang-pedagang Cina dalam perniagaan batik.
(b) Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah mempengaruhi pemikiran
golongan intelektual Islam dalam Sarekat Islam.
(c) Kegiatan penyebaran agama Kristian pada awal abad ke-20 di Indonesia
menuntut penyatuan orang Indonesia di bawah satu pertubuhan
untuk mempertahankan tradisi mereka daripada dicemari oleh agama
Kristian.
350
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 350 28/10/2021 4:04 PM

