Page 50 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 50

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                    2  Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam:
                       (a)  Mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi perkembangan agama
                           Kristian.
                       (b)  Mengembangkan kebudayaan Indonesia.
                       (c)  Memajukan  kebajikan  masyarakat  tempatan  khasnya  dalam  bidang
                           pendidikan.
                       (d)  Memajukan ekonomi masyarakat tempatan.

                    3  Sehingga tahun 1916, Sarekat Islam tidak berunsur politik. Sarekat Islam
                       lebih memperjuangkan kebajikan masyarakat tempatan dalam aspek
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                       pendidikan, agama, pekerjaan, dan ekonomi. Pada Kongres Nasional   Sebenarnya, matlamat politik
                                                                                   perjuangan Sarekat Islam
                       tahun 1913, pemimpinnya, Omar Said Tjokroaminoto menegaskan bahawa    diselindungi dengan matlamat
                       Sarekat Islam bukan sebuah parti politik dan masih menyokong kerajaan   sosioekonominya. Ini terbukti
                       Belanda.                                                    dalam kata-kata Omar Said
                                                                                   Tjokroaminoto semasa
                    4  Sarekat Islam menjadi popular sehingga ahli-ahlinya datang dari segenap   mesyuarat di Surabaya pada
                       lapisan masyarakat Indonesia. Mereka terdiri daripada golongan ulama,     tahun 1913  bahawa matlamat
                       elit, intelektual, peniaga, pelajar, kaum tani, dan buruh. Sarekat Islam   Sarekat Islam ialah:
                       membuka pintunya kepada semua lapisan masyarakat. Keanggotaan Sarekat   “ membangkitkan nasionalisme,
                                                                                   menuntut balik hak-hak asasi
                       Islam meningkat daripada 12 000 orang pada tahun 1913 menjadi 800 000   yang dianugerahkan oleh
                       orang pada tahun 1916.                                      Tuhan, meninggikan kedudukan
                                                                                   Indonesia yang rendah,
                    5  Selaras dengan matlamat untuk melindungi kepentingan masyarakat   dan memperbaiki keadaan
                       tempatan, Sarekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek   Indonesia yang buruk.”
                       politik, sosial, dan ekonomi kepada kerajaan Belanda.
                       (a)  Tuntutan politik
                           (i)   Majlis Daerah dibentuk.
                           (ii)  Volksraad diberi kuasa yang lebih luas supaya menjadi satu badan
                               perwakilan yang mempunyai fungsi legislatif.         Mulai tahun 1916, Sarekat
                                                                                    Islam menunjukkan perjuangan
                           (iii)  Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, hak mengundi diberikan   politik secara terbuka apabila
                               kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi   menuntut pemerintahan
                               majlis-majlis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki   sendiri. Pada tahun 1917,
                               yang berumur 21 tahun ke atas.                       Sarekat Islam menuntut
                           (iv)  Pemberian taraf pemerintahan sendiri kepada Indonesia.  kemerdekaan mutlak. Sarekat
                                                                                    Islam juga jelas menentang
                       (b)  Tuntutan sosial                                         kapitalisme.
                           (i)   Undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam
                               dibatalkan.
                           (ii)  Kiyai dan penghulu diberikan gaji tetap.
                           (iii)  Hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari kelepasan atau
                               cuti.
                           (iv)  Institusi pendidikan Islam diberi subsidi.
                           (v)  Sistem diskriminasi dalam pendidikan dihapuskan.
                           (vi)  Pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur
                               15 tahun ke bawah.
                           (vii)  Maktab Undang-undang dan  Maktab  Perubatan dinaik taraf                     BAB
                               menjadi universiti.                                                            3
                           (viii) Biasiswa diberikan kepada pelajar Indonesia supaya dapat
                               menuntut di luar negara.
                       (c)  Tuntutan ekonomi
                           (i)   Memiliknegarakan bidang industri seperti kilang tekstil,
                               perusahaan kertas, industri besi, pengangkutan, dan elektrik.
                           (ii)  Membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air.
                           (iii)  Memberi perhatian tentang isu tanah.



                                                                                                        351





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   351                                                           28/10/2021   4:04 PM
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55