Page 63 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 63

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                                              (b)  Jepun mengawasi pedagang peribumi dengan ketat. Barang yang
                                                  hendak dijual harus didaftarkan terlebih dahulu dan dilaporkan hasil
                                                  penjualannya.

                                          C   Dasar Sosial
                                           1  Jepun mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Belanda.
                                              Jepun membenarkan penggunaan bahasa Indonesia di sekolah.
                                           2  Lagu  Indonesia Raya masih digunakan sebagai lagu kebangsaan dan
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                              pengibaran bendera Indonesia dibenarkan.
                                           3  Jepun melaksanakan amalan buruh paksa. Buktinya, semasa pembinaan
                                              Kereta Api Maut.
                                           4  Jepun hanya mewujudkan satu jenis sekolah yang memberikan tempoh
                                              persekolahan selama lima tahun sahaja.
                                           5  Dari segi media massa, Jepun menguasai dan mengawal secara ketat media
                                              komunikasi seperti surat khabar, majalah, radio, dan filem. Majalah dan surat
                                              khabar hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran pihak Jepun. Badan seperti
                                              Jawa Shinbunkai dibentuk untuk mengawasi penerbitan surat khabar.
                                           6  Jepun melaksanakan hukuman yang berat terhadap kesalahan yang kecil.
                                              Mengikut Alfred McCoy (1985), Jepun mengamalkan hukuman memotong
                                              kaki bagi mereka yang ingkar perintahnya.
                                           7  Demi menyebarkan propagandanya, Jepun telah menggunakan agama untuk
                                              mencapai tujuan tersebut.
                                           8  Mengikut Abu Talib Ahmad (2007), Jepun telah menggunakan masjid, surau,
                                              dan kelas agama untuk menyampaikan dakyah Jepun.

                                         Kesan Pendudukan Jepun di Indonesia


                                          A   Kesan Politik
                                           1  Rakyat Indonesia diberi peluang pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan
                                              pentadbiran yang sebelum itu jarang dan amat sedikit diberikan kepada
                                              mereka pada zaman penjajahan Belanda. Pengalaman ini memberi mereka
                                              keyakinan diri untuk mentadbir negara sendiri dan mengusir semua pihak
                                              asing termasuk pihak Jepun.
                                           2  Penubuhan Masjumi kurang mendapat sokongan orang Indonesia kerana
                                              mereka tidak rela tunduk kepada maharaja Jepun. Dakwaan Jepun yang
                                              maharaja mereka bertaraf separa dewa amat bertentangan dengan prinsip
                                              Islam, iaitu Allah Yang Maha Esa. Orang Indonesia mengesyaki tujuan
                                              sebenar kedatangan Jepun, maka dengan ini, timbul kesedaran untuk
           BAB                                melindungi kepentingan bangsa dan negara.
          3                                3  Soekarno dan Hatta memperalatkan PUTERA bagi mencapai matlamat
                                              menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat jelata. Para
                                              nasionalis menggunakan PUTERA sebagai alat untuk mendesak Jepun
                                              memberi taraf berkerajaan sendiri kepada Indonesia.
                                           4  Melalui PUTERA, Soekarno memberikan pidato berunsur nasionalisme yang
                                              membangkitkan semangat nasionalisme. Soekarno berjaya menyedarkan
                                              rakyat Indonesia tentang sikap anti-imperialisme, iaitu anti-barat dan anti-
                                              Jepun.



              364





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   364                                                           28/10/2021   4:04 PM
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68