Page 62 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 62
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
(c) Nasionalis yang bukan komunis seperti Soeharjo, Hatta, Syahrir,
Soediuro, dan Iwa Kusuma Sumantri dibenarkan berucap dan berpidato
di sekolah Asrama Indonesia Merdeka. Ini memberi peluang kepada
para nasionalis untuk mempengaruhi pelajar-pelajar muda bersikap
lebih anti-Barat dan anti-Jepun.
B Dasar Ekonomi
1 Bidang pekebunan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(a) Kegiatan pekebunan berkembang dengan kewujudan sebuah badan
pengawasan yang dibentuk oleh Gunseikan. Badan pengawasan ini
dinamakan Saibai Kigyo Kanrikodan (SKK).
(b) SKK mengawasi kegiatan pekebunan, mengendalikan urusan jual-beli,
dan menentukan harga hasil penjual pekebunan.
(c) Melalui SKK, bidang pekebunan terutamanya pekebunan kina (ubat-
ubatan) dan karet (getah) berkembang maju.
2 Sistem kewangan
(a) Pentadbiran Jepun membaiki sistem kewangan Indonesia dengan
mengekalkan nilai guilder atau rupiah Hindia-Belanda bertujuan
untuk mempertahankan nilai tersebut seperti sebelum meletusnya Layari laman web berikut
perang. untuk maklumat lanjut
(b) Nilai wang rupiah masih lagi sah dan diguna pakai di Indonesia. tentang pendudukan Jepun di
Indonesia:
(c) Jepun telah mengawasi beberapa bank bekas milik Belanda, iaitu https://ms.wikipedia.org/wiki/
De Javasche Bank, Nederlandsche Handels Maatschappij, Nederlands- Penaklukan_Hindia_Timur_
Indische Escompto Bank, dan Batavia Bank. Bank-bank bekas Belanda Belanda_oleh_Jepun
tersebut telah digantikan dengan bank-bank Jepun, iaitu Yokohama
Ginko, Mitsui Ginko, Taiwan Ginko dan Kana Ginko di bawah seliaan
Nanpo Keihatsu Kenso yang bertujuan untuk memajukan wilayah
Selatan Indonesia. INFO
3 Kegiatan pertanian
(a) Jepun menjalankan kegiatan membuka tanah baharu dan bekas tanah
pekebunan untuk penanaman padi. Contohnya, bekas pekebunan
tembakau di Sumatera Timur telah ditanam dengan tanaman padi yang
luasnya lebih kurang 10.000 hektar.
(b) Tanah pertanian baharu di daerah Karo telah dibuka. Di Kalimantan
dan Sulawesi pula, penanaman padi diwajibkan untuk mengatasi
masalah kekurangan beras terutamanya di Jawa. Usaha ini juga dapat
mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap pengimportan
beras.
(c) Penanaman kapas dijalankan di Cirebon, Malang, Kediri, dan Bekasi.
Di Sumatera, kapas ditanam di daerah Palembang, Bali, dan Sulawesi.
Rancangan lima tahun juga diperkenalkan. BAB
4 Kegiatan perdagangan 3
(a) Jepun mengeksploitasi bahan mentah Indonesia untuk kegunaannya
sendiri. Masalah pengeksportan berlaku kerana Jepun telah
mengharamkan eksport ke negara lain.
(b) Bidang perdagangan dimonopoli oleh syarikat swasta Jepun.
5 Kegiatan industri
(a) Kemunculan industri seperti Mitsui Kabushiki Kaisha dan Osaka Reina
Kabushiki Kaisha.
363
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 363 28/10/2021 4:04 PM

