Page 64 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 64
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
5 Penubuhan PETA membantu menyemarakkan semangat kebangsaan ke arah
perjuangan mencapai kemerdekaan. Unit-unit PETA di Jakarta dipengaruhi
oleh gerakan bawah tanah di bawah Soekarno manakala unit-unit di timur
Jawa Tengah diserapi oleh kumpulan Sharifuddin. Pegawai-pegawai yang
ada dalam PETA dipengaruhi supaya bersikap anti-Belanda dan anti-Jepun.
Pemberontakan anti-Jepun telah berlaku di Blitar pada tahun 1944.
6 Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, PETA memainkan peranan penting
sebagai tulang belakang pertahanan tentera menentang Belanda di Indonesia.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Sebelum itu, PETA telah diberikan latihan ketenteraan oleh Jepun.
7 Golongan nasionalis telah memperalatkan penubuhan PUTERA dan PETA
untuk memberi pidato dan ucapan politik serta menjalankan kegiatan
menyebarkan sentimen anti-imperialisme dan anti-Jepun. Melalui pertubuhan
tersebut, para nasionalis dapat berhubung dengan rakyat dengan lebih
berkesan.
8 Para nasionalis menyedari bahawa slogan Jepun untuk membebaskan
negara daripada cengkaman Barat sebenarnya adalah muslihat Jepun untuk
menjajah Indonesia. “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
merupakan penindasan Jepun untuk membolot kekayaan bumi Indonesia
bagi kepentingan Jepun. Tanggapan bahawa Jepun merupakan penyelamat
dan pembela tanah air mula lenyap.
9 Gerakan bawah tanah
(a) Pimpinan Amir Syarifudin
(i) Gerakan bawah tanah yang terbesar.
(ii) Ditubuhkan di bawah tajaan kerajaan Belanda yang
memperuntukkan wang sebanyak 25 000 guilder.
(iii) Ahli-ahlinya bersikap anti-fasis dan terdiri daripada ahli-ahli PKI
yang diharamkan.
(b) Pimpinan Sutan Syahrir
(i) Lebih kuat dan berpengaruh.
(ii) Mempunyai cawangan di Jakarta, Cheribon, Semarang, dan
Surabaya.
(iii) Ahli-ahlinya terdiri daripada golongan pelajar di bandar besar.
(iv) Gerakan ini berjaya menyemai perasaan anti-Jepun dalam
kalangan kaum tani, mendirikan syarikat kerjasama petani yang
aktif di cawangan Cheribon, dan membentuk perpaduan kaum
tani secara meluas dan revolusioner.
(c) Anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Jakarta
(i) Bersemangat revolusioner.
(ii) Berhubung rapat dengan kumpulan Syahrir.
(iii) Mengkritik dan menyebarkan dakyah anti-Jepun secara terbuka.
(iv) Berjaya menyemai sentimen anti-Jepun. BAB
(d) Pimpinan Soekarno 3
(i) Berpura-pura bekerjasama dengan Jepun.
(ii) Tidak dipercayai sepenuhnya oleh kumpulan lain kerana
sesetengah pemimpinnya dianggap terpengaruh dengan dakyah
Jepun-Sendenbu.
365
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 365 28/10/2021 4:04 PM

