Page 65 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 65
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
10 Sebelum menyerah kalah, Jepun telah berjanji akan memberikan kemerdekaan
kepada Indonesia. Sebenarnya, Jepun ingin menggunakan orang Indonesia
sebagai benteng pertahanan Jepun di Indonesia pada saat-saat akhir sebelum
kekalahannya. Walau bagaimanapun, usaha Jepun ini berjaya mengukuhkan
keazaman dan semangat nasionalis Indonesia untuk mencapai kemerdekaan
mutlak. Soekarno mengambil peluang tersebut untuk mengisytiharkan
penubuhan Republik Indonesia.
B Kesan Ekonomi
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1 Pada era pemerintahan Jepun, penduduk Indonesia hidup sengsara. Inflasi
berlaku sehingga nilai rupiah jatuh dengan teruknya. Mengikut Alfred
McCoy (1985), perkara ini berlaku kerana peredaran wang kertas rupiah
yang tidak terkawal dan kekurangan barang pengguna.
2 Kadar inflasi tidak dapat dikawal. Nilai wang jatuh sehingga bernilai hanya
2.5% daripada nilai pasaran pada tahun 1945.
3 Dasar Jepun hanya melindungi kepentingan ekonomi sendiri. Keperluan
rakyat diabaikan, masalah kebuluran, dan wabak penyakit berleluasa.
Masalah kebuluran berlaku kerana Jepun telah merampas hasil padi untuk
kegunaan mereka.
4 Jepun hanya berminat mengeksploitasi sumber-sumber kekayaan Indonesia
seperti bahan makanan, minyak, nikel, dan bauksit.
5 Kesempitan hidup ini menyedarkan orang Indonesia bahawa mereka
mesti berjuang menjaga kepentingan mereka sendiri dan tidak boleh
mengharapkan sama ada kuasa Belanda atau Jepun. Kedua-dua kuasa ini
adalah sama, iaitu imperialis yang ingin menjajah negara Indonesia.
6 Kesedaran tersebut telah mengukuhkan semangat mereka menentang
kedatangan semula Belanda ke Indonesia. Rakyat yang dipimpin oleh para
nasionalis telah menentang habis-habisan sehingga berlaku satu revolusi.
Pengalaman mereka semasa pendudukan Jepun menyebabkan mereka lebih
bersatu padu, bersemangat, dan patriotik.
C Kesan Sosial
1 Kejayaan Jepun mengalahkan Belanda dan Tentera Bersekutu
telah meniupkan semangat nasionalisme. Masyarakat tempatan menyedari
bahawa orang Asia yang dianggap lemah juga mampu mengalahkan kuasa
Barat.
2 Penggunaan bahasa Indonesia semasa pendudukan Jepun dapat
menyatupadukan masyarakat Indonesia. Bahasa Indonesia menjadi lambang
Dapatkan maklumat tentang
BAB sistem Romusha di laman perpaduan kebangsaan untuk menentang Jepun dan Belanda serta seterusnya
web berikut:
mencapai kemerdekaan. Begitu juga, Jepun membenarkan penggunaan
3 https://en.wikipedia.org/wiki/ lagu kebangsaan Indonesia, iaitu Indonesia Raya. Lagu kebangsaan ini
Romusha
menyemarakkan perasaan cinta akan negara dan menolak sebarang
penguasaan asing.
3 Sistem Romusha turut diperkenalkan bagi menjamin sumber tenaga dalam
bidang ketenteraan. Lelaki dan perempuan yang berumur antara 16 hingga
INFO
25 tahun dikerah untuk menyertai Sistem Romusha. Usaha Jepun ini
menyemarakkan perasaan benci orang Indonesia terhadap pentadbiran
Jepun.
366
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 366 28/10/2021 4:04 PM

